RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
RSS Feed
(1) 2 3 4 »
Tahukah Anda : SEGARKAN DIRI DENGAN AIR KOSONG
Posted by Tetamu on 2020/3/3 10:10:00 (584 reads)

Adakah anda tahu kepentingan minum air kosong? Berapa banyak anda perlu minum? Adakah anda pasti anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari? Kepentingan minum 6 hingga ke 8 gelas setiap hari adalah perlu bagi fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan. Selain itu, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia. Malah, pengambilan air kosong yang secukupnya dapat mengelakkan anak anda daripada dehidrasi.

Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan pada sistem kognitif, melemahkan fungsi kardiovaskular, mengurangkan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dan mengganggu sistem kawalan suhu badan. Kebiasaannya anak anda akan mudah berpeluh akibat daripada aktiviti yang mereka lakukan seperti bermain dan berlari. Oleh itu, kandungan air dalam badan yang mencukupi diperlukan untuk membantu sistem perkumuhan (pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan). Sekiranya, anak anda mengalami kekurangan air, buah pinggangnya terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Read More... | 1969 bytes more
Tahukah Anda : Tabiat Kerja Dan Hidup Yang Sihat
Posted by Tetamu on 2020/3/3 10:00:00 (753 reads)

Ramai beranggapan bahawa kerja seharian bermula dari 9 pagi dan berakhir pada 5 petang, tetapi hakikatnya adalah kebanyakan pekerja memulakan kerja apabila langit masih gelap dan hanya pulang apabila hari beransur malam.

Kononnya, negara-negara Asia mengamalkan masa kerja yang panjang, dan mempunyai perkadaran tertinggi pekerja yang bekerja untuk waktu yang terlalu lama, iaitu melebihi 48 jam seminggu. Malaysia tidak terkecuali.

Yang menyedihkan ialah waktu kerja yang tidak realistik ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan sosial kita, tetapi juga kesihatan fizikal dan mental.

Read More... | 4109 bytes more
Tahukah Anda : Elak kompilasi penyakit berbahaya
Posted by Tetamu on 2020/3/3 8:40:00 (705 reads)


KESIHATAN ibu dan anak antara fokus utama penjagaan kesihatan di Malaysia. Namun kajian menunjukkan hanya 6.6 peratus rakyat di negara ini mempunyai tahap literasi kesihatan yang baik.

Ternyata ia memberi kesan yang buruk terhadap individu dan komuniti. Sebagai contoh, penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal, tabiat merokok, kadar obesiti yang tinggi serta gerakan anti vaksin adalah antara manisfestasi literasi kesihatan yang rendah.

Read More... | 1794 bytes more
Tahukah Anda : Kulit bersisik, tompok menjijikkan ? atau penyakit psoriasis ?
Posted by Tetamu on 2020/3/3 8:20:00 (792 reads)

Tiada siapa boleh memahami, malah sering dilemparkan pandangan jijik. Semuanya kerana muka, tangan pesakit psoriasis bersisik, bertompok merah hingga digaru sampai berdarah.

Read More... | 1717 bytes more
Tahukah Anda : KEMURUNGAN DAN AKIBATNYA
Posted by Tetamu on 2020/3/3 8:00:00 (860 reads)

APA ITU KEMURUNGAN ?

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah. serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Read More... | 1501 bytes more
(1) 2 3 4 »

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2021 | 28 Ramadhan 1442H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768