RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Info Sains : Penyakit Perut/Gastrousus
Posted by Norlela Din on 2020/3/5 4:10:00 (979 reads) News by the same author

Sakit Pada Sebelah Kiri Abdomen? Ini Mungkin Penyebabnya

Angina pektoris
Ini merupakan satu keadaan kesihatan di mana aliran darah ke otot jantung berkurangan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan. Struktur anatomi jantung yang terbahagi kepada sudut depan (anterior), bawah (inferior), belakang (posterior) dan sisi (lateral), membuatkan kesakitan boleh berlaku pada bahagian perut berdekatan dengan struktur dada. Mereka yang mengalami angina kebiasaannya mengalami simptom ketika menjalani aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Antara simptom angina selain daripada sakit dada adalah:

Sesak nafas
Keletihan
Mual
Pening kepala
Perpeluhan
Keresahan
Terdapat dua jenis angina, iaitu angina stabil dan angina tidak stabil. Pembahagian penyakit ini bergantung kepada keterukan simptom. Angina stabil kebiasaannya berlaku ketika seseorang individu itu melakukan aktiviti fizikal. Angina tidak stabil pula boleh berlaku ketika rehat, tidur atau secara tiba-tiba, tanpa melibatkan apa-apa faktor. Mereka yang obes, mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, tinggi kolesterol dan merokok berisiko tinggi untuk mendapat keadaan kesihatan ini.

Gastritis
Gastritis merupakan keadaan kesihatan yang melibatkan keradangan pada lapisan atas perut. Ia terbahagi kepada dua bergantung kepada durasi keradangan tersebut iaitu akut dan kronik. Gastritis akut kebiasaannya melibatkan keradangan yang serius secara serta-merta manakala gastritis kronik pula boleh menyebabkan keradangan dalam jangka masa panjang jika ia tidak dirawat.

Penyakit ini kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai faktor risiko berikut:

Pengambilan alkohol secara berlebihan
Penggunaan kokain
Penggunaan bahan tembakau
Penggunaan ubat nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti aspirin
Penyakit autoimun
Penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease) seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif
Jangkitan virus atau bakteria
Selain daripada sakit pada bahagian abdomen, mereka yang mengalami gastritis juga akan menunjukkan gejala seperti:

Mual
Muntah
Perut kembung
Ketakcernaan
Najis berwarna hitam dan muntah darah (jika terdapat pendarahan)
Jika tidak dirawat, gastritis akut boleh menjadi gastritis kronik. Ini sekali gus akan meningkatkan risiko seseorang individu untuk mendapat kanser perut. Namun, buat kebanyakan individu, penyakit gastritis ini boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup dan rawatan farmakologikal.

Pankreatitis
Organ pankreas meliputi ketiga-tiga zon di bahagian atas abdomen (kanan, tengah dan kiri). Oleh sebab itulah, mereka yang mengalami keradangan pada organ pankreas (pankreatitis) boleh merasai kesakitan pada bahagian atas abdomen. Ia terbahagi kepada dua iaitu pankreatitis akut dan pankreatitis kronik. Kedua-duanya mempunyai faktor risiko yang berbeza dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kanser pankreas.

Antara keadaan yang boleh menjurus kepada pankreatitis:

Batu pada organ dan salur hempedu
Pengambilan alkohol
Trauma
Penggunaan steroid
Jangkitan virus
Penyakit autoimun
Sengatan kala jengking
Prosedur Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
Beberapa jenis ubat


Mereka yang mengalami pankreatitis kebiasaannya hadir dengan keluhan sakit di bahagian abdomen atas yang menusuk ke belakang. Kesakitan tersebut menjadi semakin teruk selepas makan dan episod tersebut kebiasaannya disertakan dengan simptom demam, berdebar-debar, loya dan muntah. Bagi mereka yang mengalami pankreatitis kronik pula kerap kali hadir dengan simptom sakit abdomen atas, kehilangan berat badan dan najis yang berbau busuk dan sering kali kelihatan pucat dan terapung (steatorrhea).



Other articles
2020/3/5 4:14:47 - Kanser Payudara
2020/3/5 4:10:00 - Penyakit Perut/Gastrousus
2020/3/5 3:56:31 - Berapa Lama Kena Pakai Pendakap Gigi?
2020/3/5 3:53:55 - Apakah kegunaan Bacopa?
2020/3/5 3:49:39 - Jom jaga jantung kita!


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768