RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Info Sains : Apakah kegunaan Bacopa?
Posted by Norlela Din on 2020/3/5 3:53:55 (782 reads) News by the same author

Bacopa, juga dikenali sebagai brahmi, tumbuhan yang telah digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat India. Brahmi adalah tonik otak yang popular. Ia digunakan bagi menggalakkan kesihatan mental secara keseluruhan ketika mengoptimumkan fungsi otak. Brahmi dipercayai untuk menyediakan faedah kesihatan berikut.

-Penyakit Alzheimer
-Memperbaiki memori
-K-eresahan
-Gangguan defisit perhatian-hiperaktiviti (ADHD)
-Keadaan alergik
-Sindrom iritasi usus
-Sebagai tonik am untuk melawan stress
-Kognisi mental
-Tumpuan
-Penawar gila
-Rawatan konvulsi
-Rawatan kenyanyukan
-Serangan epilepsi
-Kesan sedatif (tidak melemahkan deria)

Ada juga mengambil brahmi untuk merawat sakit belakang, suara garau, penyakit mental, epilepsi, sakit sendi, dan masalah hubungan seksual bagi kedua-dua lelaki dan wanita.

Bagaimana ia berfungsi?
Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

Brahmi boleh meningkatkan bahan kimia otak tertentu yang terlibat dalam proses berfikir, belajar, dan memori.
Beberapa kajian menyatakan bahawa ia boleh juga melindungi sel otak daripada bahan kimia yang terlibat dalam penyakit Alzheimer.
Langkah berjaga-jaga & Amaran
Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bacopa?
Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam bacopa atau ubatan lain atau herba lain.
Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.
Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Bacopa selamat digunakan?
Bacopa adalah selamat digunakan secara keseluruhannya. Bacopa dikira selamat bagi kebanyakan orang dewasa jika diambil dengan dos yang dicadangkan dan untuk masa yang terhad (tidak lebih daripada 12 bulan).

Kanak-kanak:

Bacopa tidak disyorkan kepada kanak-kanak bawah usia 5 tahun.

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada kajian lengkap dibuat bagi menentukan sama ada ubat herba bacopa selamat digunakan ketika hamil dan menyusu badan. Lebih baik mengelak daripada menggunakannya.

Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Bacopa?
Kesan sampingan yang biasa berlaku apabila menggunakan bacopa ialah:

-Pergerakan usus
-Kekejangan perut
-Mual
-Mulut kering
-Keletihan
-Cirit birit
Ia boleh menyebabkan reaksi alahan apabila terkena kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.



Other articles
2020/3/5 4:14:47 - Kanser Payudara
2020/3/5 4:10:00 - Penyakit Perut/Gastrousus
2020/3/5 3:56:31 - Berapa Lama Kena Pakai Pendakap Gigi?
2020/3/5 3:53:55 - Apakah kegunaan Bacopa?
2020/3/5 3:49:39 - Jom jaga jantung kita!


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768