RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Info Sihat : Demam Denggi
Posted by Norlela Din on 2020/2/18 9:30:00 (1148 reads) News by the same author

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam.

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

* Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
* Membuang bekas yang boleh menakung air
* Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan
seharusnya ditutup
* Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu
sekali
* Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
* Membela ikan di dalam kolam ikan untuk
mengurangkan jentik-jentik
* Menggunakan semburan serangga untuk membunuh
nyamuk
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
* Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota
terdedah kepada gigitan nyamuk
* Memakai baju berwarna cerah dan berlengan
panjang dan seluar panjang sewaktu keluar
rumah
* Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat
nyamuk elektrik di kawasan tertutup



Other articles
2020/3/5 4:14:47 - Kanser Payudara
2020/3/5 4:10:00 - Penyakit Perut/Gastrousus
2020/3/5 3:56:31 - Berapa Lama Kena Pakai Pendakap Gigi?
2020/3/5 3:53:55 - Apakah kegunaan Bacopa?
2020/3/5 3:49:39 - Jom jaga jantung kita!


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768