RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Tahukah Anda : Tabiat Kerja Dan Hidup Yang Sihat
Posted by Tetamu on 2020/3/3 10:00:00 (785 reads) News by the same author

Ramai beranggapan bahawa kerja seharian bermula dari 9 pagi dan berakhir pada 5 petang, tetapi hakikatnya adalah kebanyakan pekerja memulakan kerja apabila langit masih gelap dan hanya pulang apabila hari beransur malam.

Kononnya, negara-negara Asia mengamalkan masa kerja yang panjang, dan mempunyai perkadaran tertinggi pekerja yang bekerja untuk waktu yang terlalu lama, iaitu melebihi 48 jam seminggu. Malaysia tidak terkecuali.

Yang menyedihkan ialah waktu kerja yang tidak realistik ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan sosial kita, tetapi juga kesihatan fizikal dan mental.



Kesihatan dan diet


Memang benar pendapat yang menyatakan bahawa sarapan pagi merupakan sajian yang terpenting dalam kehidupan seharian kita. Sarapan pagi memulakan pergerakan metabolisme dalam tubuh kita, dan menghasilkan tenaga yang cukup untuk mengelakkan kita daripada menjadi lembap sebelum menjelangnya tengah hari.

Jadi, jauhkan dari nasi lemak dan mee goreng. Sebaliknya, makanlah buah-buahan, yogurt dan bijirin. Anda akan merasai perubahan dari segi aras tenaga.Belajar seni tidur kilat. Memejamkan mata untuk masa yang singkat selama 10 minit boleh merangsang tahap tenaga anda, lebih bagus daripada meminum kopi atau Coke.

Amalkan masa tidur yang sewajarnya setiap malam dan tetapkan jam biologi anda mengikut ritma tertentu. Apabila badan anda mula menyesuaikan diri dengan masa tersebut, anda dapat tidur dan bangun dengan lebih mudah. Tambahan, hal ini mengelakkan anda daripada terlebih tidur.

Persekitaran fizikal

Menurut American Academy of Orthopaedic Surgeons, pemilihan kerusi yang mempunyai lengkung semula jadi membantu menyokong bahagian bawah belakang badan dan anda boleh menyesuaikannya mengikut ketinggian yang betul. Kaki anda perlu duduk rehat dengan selesa di atas lantai dan bahagian lengan perlu selari dengan lantai.

Sekali-sekala anda harus meningkatkan kadar denyutan jantung, misalnya dengan berjalan cepat ke pantri untuk mengisi semula botol air atau membantu menyambut tetamu.

Senaman ringkas


Duduk terlalu lama boleh menyebabkan ketegangan otot dan kecederaan kecil yang lain. Lakukan senaman regangan ringkas untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan tekanan yang berlebihan pada sendi badan anda.

Mata
Bagi melegakan mata yang kering, pejam mata anda ketat-ketat selama sesaat, dan kemudian beliakkan mata anda (ulang beberapa kali). Tumpukan semula mata anda seketika pada objek yang berada sekurang-kurangnya enam meter dari anda.

Pergelangan tangan
Dengan meluruskan siku, bengkokkan pergelangan tangan anda ke dalam semaksimum mungkin, tahan selama tiga saat dan kemudian lanjutkan pergelangan tangan anda ke belakang sejauh mana ia boleh pergi. Ulang beberapa kali

Leher
Pusingkan kepala ke sisi secara perlahan dan tahan selama 10 saat. Ubah kepada sisi yang lain dan ulang beberapa kali.

Bahu
Perlahan-lahan angkat bahu anda dengan gerakan putaran ke hadapan. Lakukan secara berselang-seli dengan gerakan putaran ke belakang. Sentuh hujung jari kedua-dua tangan anda di bahagian belakang atas kepala tanpa membiarkan tangan anda menyentuh kepala, gerakkan siku anda ke arah belakang, tahan selama lima saat dan kemudian regangkan badan anda. Ulang beberapa kali.

Bahagian bawah belakang
Dengan tangan di pinggul dan kedua-dua kaki terbuka mengikut lebar bahu, condongkan pinggul ke hadapan dan bahu ke belakang secara perlahan-lahan. Regang dan tahan selama lima hingga 10 saat.

Ketajaman mental
Wujudkan senarai harian untuk membantu anda memberi fokus pada perkara yang perlu diselesaikan dalam jangka pendek. Asingkan tugasan anda mengikut segmen yang spesifik supaya anda lebih jelas dengan kerja anda. Elakkan daripada bertangguh ke hari yang seterusnya.



Other articles
2020/3/5 4:14:47 - Kanser Payudara
2020/3/5 4:10:00 - Penyakit Perut/Gastrousus
2020/3/5 3:56:31 - Berapa Lama Kena Pakai Pendakap Gigi?
2020/3/5 3:53:55 - Apakah kegunaan Bacopa?
2020/3/5 3:49:39 - Jom jaga jantung kita!


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768