Home / Transfusi


Unit Transfusi

LATAR BELAKANG  

Unit Perubatan Transfusi  terletak bersebelahan dengan Jabatan Patologi dan bersebelahan dengan wad 2. Unit ini merupakan salah sebuah unit sokongan klinikal yang penting dalam perawatan pesakit. Walaupun pada dasarnya unit ini telah diasingkan daripada Jabatan Patologi namun kakitangan yang bertugas diunit ini adalah terdiri daripada kakitangan patologi.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan transfusi yang cepat dan selamat berlandaskan sistem kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  •  Melakukan aktiviti pemungutan darah daripada penderma darah secara'walk in' dan juga bergerak (mobile)
  • Membekalkan darah dan juga komponen kepada pesakit yang memerlukan
  • Menjalankan ujian Hemoglobin dan Blood Group untuk penderma darah. Ujian Group Screen and Hold (GSH), Cross Matching, Antibody Screening (Coomb's Test) dan Rhesus Typing.
  • Memberi khidmat kaunseling dan suntikan hepatitis kepada penderma yang berkaitan.

 

PERJAWATAN

JAWATAN
 GRED
 Bil. JAWATAN PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Pegawai Perubatan
 UD41/UD44  1  1 0
 Juruteknologi Makmal Perubatan
 U36  1  1  0
 Juruteknologi Makmal Perubatan
 U32  1  1  0
 Juruteknologi Makmal Perubatan  U29  5  5  0
 Jururawat Terlatih
 U29  1  1  0
 Jururawat Masyarakat  U19  1  1  0
 Pembantu Perawatan Kesihatan
 U3  3  1  2
 JUMLAH  13 11
 2

 

 


Portal Rasmi Hospital Kulim

https://hkulim.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Transfusi