Home / Pendidikan Kesihatan


Unit Pendidikan Kesihatan

LATAR BELAKANG  

Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit merupakan aspek penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit. Program Pendidikan Kesihatan secara umum bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada diri pengguna atau bahaya tentang penyakit yang akan atau sedang dihadapi.

 

VISI

Untuk menjadi sebuah unit kecemerlangan dalam bidang pendidikan kesihatan bagi membolehkan pesakit mengamalkan cara hidup sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

 

MISI

Untuk memberikan pendidikan pesihatan kepada pesakit melalui :-

  • Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu;
  • Dorongan ke atas staf dan pesakit supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka;
  • Kerjasama antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta dengan sektor swasta.

 

OBJEKTIF

  • Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang penjagaan kesihatan khususnya tentang penyakit yang dihadapinya;
  • Memudahkan individu dan masyarakat mendapatkan maklumat tentang kesihatan;
  • Membolehkan individu dan masyarakat mengambil bahagian dan menyumbangkan ke arah penjagaan kesihatan;
  • Memudahkan urusan perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit di Hospital Kulim.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Kelas pendidikan pesakit
  • Kaunseling individu dan kumpulan
  • Khidmat nasihat / bimbingan / arahan
  • Pameran kesihatan
  • Tayangan video
  • Demonstrasi dan latihan kemahiran
  • Ceramah kesihatan
  • Pengedaran risalah dan bahan pendidikan kesihatan
  • Peminjaman bahan-bahan pendidikan yang bersesuaia, menyediakan sumber maklumat kesihatan
  • Pekhidmatan Klinik Berhenti Merokok

 

PERJAWATAN

 JAWATAN  GRED  BIL. JAWATAN
 PENGISIAN  KEKOSONGAN
 Pegawi Pendidikan Kesihatan      S41
1
1
0

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama
 :  Pn Nur Hasliza Binti Yusuf
 Jawatan  :  Pegawai Pendidikan Kesihatan
 No. Telefon (ext)
 :  3503
 Email  :  nurhasliza.y@moh.gov.my

 

 


Portal Rasmi Hospital Kulim

https://hkulim.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Pendidikan_Kesihatan