Home / Kejuruteraan


Unit Kejuruteraan Kawal Selia (Operasi Hospital) Hospital Kulim

Latar Belakang

Unit Kejuruteraan Hospital Kulim telah diswastakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah skop Perkhidmatan Sokongan Hospital (Hospital Support Service @ HSS) kepada Syarikat Konsesi Faber Mediserve Sdn.Bhd. bermula 1.1.1997. Kontrak Perjanjian dengan syarikat konsesi telah diperbaharui dan Syarikat Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. telah dilantik berkuatkuasa mulai 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2025 iaitu tempoh perjanjian selama 10 tahun. Bagi tujuan kawalselia perkhidmatan HSS oleh syarikat konsesi yang dilantik, Unit Kejuruteraan Kawalselia Operasi Hospital telah ditubuhkan pada tahun 2010.

Selain daripada mengawal selia perkhidmatan HSS, unit ini juga berperanan sebagai penasihat teknikal Kejuruteraan kepada Pengarah Hospital.

 

Fungsi Unit Kejuruteraan Operasi Hospital

Memantau perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan iaitu: 

  • Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)
  • Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)
  • Cleansing Services (CLS)
  • Linen and Laundry Services (LLS)
  • Clinical Waste Management Services (CWMS) 

 

Tugasan
  • Mengawalselia dan memastikan Kenderaan dan Ambulan Hospital dalam keadaan baik.
  • Menjalankan pemeriksaan (inspection) mingguan / bulanan dan lawatan teknikal untuk memantau perkhidmatan Hospital Support Services/ (HSS).
  • Membuat aduan (NCR) jika perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan atau tidak menepati Technical Requirement Performance Indicators (TRPI) seperti yang didokumenkan di dalam Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) / Master Agreed Procedures (MAP).
  • Membuat potongan bayaran (deduction) jika HSS tidak mematuhi TRPI.
  • Mengadakan mesyuarat validasi dan pre-validasi bulanan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
  • Pengurusan dan Penyediaan anggaran kos bagi kerja naiktaraf, pembaikan dan sebutharga.
  • Pengurusan dan Penyeliaan projek, kerja-kerja naiktaraf dan kerja-kerja pembaikan termasuk penyediaan format skop kerja bagi kerja-kerja naiktaraf, pembaikan dan sebutharga.
  • Pemantauan warranty management untuk peralatan dan facility baru yang dijalankan oleh HSS.
  • Mengesahkan keadaan peralatan yang telah dilupuskan dan mengeluarkan BER 2, menyemak Notis Untuk Mula /Tamat dan Notis Untuk Perubahan Perkhidmatan (VNF).
  • Menyemak dan memastikan rekod Central Management Information System (CMIS) dikemaskini dan tepat.
  • Pemeriksaan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan atau dilaksanakan oleh HSS.
  • Menyediakan senarai cadangan permohonan kerja-kerja pembaikan dan pembangunan di hospital.

 

Pegawai Untuk Dihubungi :-

Nama : En. Badrul Hisham Bin Mohamad (J41)
Telefon
:
04-4272733 Ext 3125   
Email
:
badrulhisham,mohamad@moh.gov.my

 


Portal Rasmi Hospital Kulim

https://hkulim.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Kejuruteraan