RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 3 tahun (26 Jun 2020 - 28 Jun 2023), Pensijilan HACCP untuk tempoh 3 tahun (29 Jun 2022 hingga 28 Jun 2023) dan Pensijilan MeSti untuk tempoh 3 tahun (29 Julai 2020 - 28 Jun 2023)
Home / Dasar Operasi Pediatrik

Dasar Operasi Jabatan Pediatrik, Hospital Kulim

 

1.   Rujukan Ke Jabatan Pediatrik 

  • Rawatan dan pemeriksaan hanya ke atas kes-kes yang dirujuk.
  • Kes yang dirujuk akan diberikan tarikh dan waktu temujanji oleh Klinik Pakar.
  • Kes Urgent akan diperiksa pada hari yang sama atau dimasukkan ke wad.
  • Kes-ker kecemasan akan diperiksa di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan akan dimasukkan ke wad Pediatrik jika perlu. 
  • Kes yang dirujuk kepada pakar adalah seperti yang berikut :
    • Untuk rawatan selanjutnya.
    • Untuk pandangan dan nasihat pakar dalam masalah khusus.
    • Untuk investigation lanjutan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai Perubatan yang memeriksa.
    • Seperti yang dinasihatkan oleh untuk pemeriksaan ulangan.
  • Pesakit yang telah dirawat sebagai pesakit luar atau dalam akan dirujuk semula jika perlu kepada pusat rujukan yang lalu untuk rawatan seterusnya. Surat jawapan akan diberi bersama-sama maklumat yang perlu dan pelan rawatan juga disertakan supaya pengendali sewajrnya dapat diberi kepada pesakit.

2.   Rujukan Ke Hospital Lain

  • Alasan rujukan ke hospital lain adalah untuk rawatan kepakara yang lebih baik atau kerana kemudahan rawatan yang tidak terdapat di Hospital Kulim.
  • Keputusan untuk merujuk kes ke Subspeciality Unit di Hospital Kuala Lumpur hanya akan dibuat oleh pakar. Rujukan ke hospital pakar lain juga boleh dibuat oleh Pegawai Perubatan setelah dipersetujui oleh pakar hospital berkenaan.
  • Rujukan mesti menggunakan borang yang dikhaskan dan mengandungi latarbelakang (clinical history) yang perlu, pemeriksaan fizikal dan rawatan yang telah diberi. Sebab-sebab rujukan mesti ditulis dengan jelas.

3.   Dokumentasi Rekod Perubatan Pesakit

  • Pakar akan memastikan Pegawai Perubatan membuat nota yang tepat, padat dan boleh digunapakai.
  • Maklumat yang berkenaan termasuk :-
    • Data pengenalan pesakit
    • Latarbelakang (clinical history)dan pemeriksaan fizikal
    • Investigasi dan keputusan
    • Rawatan yang telah diberi
    • Prosidur yang telah dijalankan dan sebab (reason for undertaking procedure)
    • Nota susulan dan konsultasi
    • Kemudahan hubungan dengan pesakit, waris, Pegawai Perubatan lain, Polis (no. telefon, alamat dll) dan sebagainya.
  • Ringkasan discaj hendaklah disiapkan dan dihantar ke Pejabat Rekod dalam masa 3 hari bekerja selepas pesakit discaj.
  • Laporan Perubatan akan disiapkan dan diserahkan kepada Pejabat Rekod dalam mada 2 minggu dari tarikh permohonan. Untuk kes ketiadaan Pegawai Perubatan yang merawat untuk membuat Laporan Perubatan kerana bercuti panjang, bertukar dan sebagainya, Pegawai Perubatan dari jabatan yang sama akan ditugaskan untuk membuat laporan.

4.   Latihan

  • Pakar adalah bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada Pegawai Perubatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dan juga bagi menyediakan mereka untuk mengambil pepriksaan Ijazah Lanjutan. Pegawai Perubatan akan digilirkan bertugas disemua disiplin dalam jabatan supaya meraka mendapat pendedehan dan pengalaman.

5.   Mesyuarat Jabatan

  •  Mesyuarat jabatan akan diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali bagi membincangkan sebrang masalah dan mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti, kualiti, kecekapan dan keberkesanan. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh pakar dan dihadiri oleh anggota jabatan.
  • Masalah yang tidak boleh diselesaikan diperingkat jabatan akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Hospital.

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 6 Oktober 2022 | 9 Rabiulawal 1444 H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768