Apa itu Kalori ?
Kalori merupakan satu unit tenaga
dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait
dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol
mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.
Secara spesifik, kalori merupakan
kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu
gram air sebanyak satu darjah celcius(C).
Satu kalori bersamaan dengan 4.184 joule
(J), satu unit tenaga yang digunakan dalam sains fizikal.
Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan
makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori,
sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1
kilokalori).
Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh
itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau
200,000 kalori atau 200 kilokalori.
Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual
kecergasan mengatakan anda membakar 100 kalori setiap kilometer
berjalan bermakna 100 kilokalori.
|