Aktiviti Kemudahan Perkhidmatan
v Rawatan Kes Kecemasan Bersistem Triage
v Perkhidmatan Pra Hospital
v Pendaftaran Masuk Pesakit Dalam.( Bermula 10.00 malam – 7.00 pagi )
v Perkhidmataan Pusat Khidmat Sepadu (OSCC)
v Perkhidmatan Informasi Pelanggan
v Latihan
v Unit Perubatan Forensik
v Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre )
v Perkhidmatan Berkhatan
v Khidmat Nasihat Rawatan – Pendidikan Kesihatan
v Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat ( KRPSWP )
Rawatan Kes Kecemasan
Semua kes kecemasan yang datang ke JKT secara “walk in” atau dibawa oleh orang awam / waris akan diberi rawatan melalui Sistem Triage. Triage ialah suatu proses atau prosedur pengasingan pesakit / mangsa mengikut tahap ketenatan penyakit atau kecederaan. Ia ialah satu proses yang dinamik dan boleh berubah mengikut keadaan pesakit. Ungkapan ”To deliver the right patient to the right place at the right time so that they receive the optimum treatment” jelas menerangkan maksudnya. Tujuan utamanya adalah untuk memberi rawatan yang optimum kepada kes-kes kecemasan seperti kes kritikal, semi-kritikal dan kes-kes biasa di JKT. Kes-kes di JKT diklasifikasi sebagai kes tenat / kritikal ( Zon Merah-rawatan serta-merta ), kes separa tenat ( Zon Kuning - dirawat segera ) dan kes biasa yang tidak mengancam nyawa ( Zon Hijau dirawat ikut giliran ). Konsep ini telah berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan disamping berusaha mensifarkan penambahan risiko kecederaan.
Sebanyak 68,783 kes telah datang untuk mendapatkan rawatan pada tahun 2008 berbanding 77,188 kes pada tahun 2007. Terdapat penurunan sebanyak 10.88% iaitu sebanyak 8405 kes. Penurunan ini disebabkan semua pesakit kes-kes Hijau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Poliklinik Bandar atau Klinik-Klinik Kesihatan yang berhampiran pada masa akan datang.
Perkhidmatan Pra -Hospital
Pengurusan perkhidmatan ambulan diserahkan secara tidak rasmi kepada JKT dalam bulan November 2006. Perkhidmatan ini diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang bertugas waktu pejabat di Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan. Selepas waktu pejabat tanggungjawab ini diambilalih oleh Penolong Pegawai Perubatan Kaunter Triage memandangkan kekurangan staf. Perkhidmatan Kenderaan (Bukan Ambulan) dan Kereta Jenazah untuk kegunaan am dan penghantaran jenazah diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran Kenderaan. Terdapat 10 orang pemandu ambulan (termasuk 7 pemandu pos pengurusan) yang bertugas secara bergilir-gilir di bawah penyelian Penolong Pegawai Perubatan U29 di Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan sambil dibantu oleh Pemandu R6. Ketika ini jabatan mempunyai 6 buah ambulan termasuk 1 buah yang diubahsuai kepada ambulan. Jumlah Perkhidmatan Panggilan Ambulan menurun dari 1022 kes pada tahun 2007 kepada 997 kes tahun pada 2008 panggilan dengan 8 kes panggilan palsu .
Pendaftaran Masuk Wad
Pendaftaran pesakit ke wad masih dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan U29 dari jam 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Seramai 3267 pesakit telah didaftarkan masuk ke wad selepas jam 10.00 malam melalui kaunter ini.
Perkhidmatan Pusat Khidmat Sepadu ( OSCC )
Perkhidmatan Pusat Khidmat Sepadu (Bilik Mawar) beroperasi di JKT bertujuan membantu masalah rawatan dan tekanan emosi kepada pesakit atau mangsa yang terlibat dengan masalah gejala sosial masyarakat ataupun kes-kes klinikal forensik seperti perkosaan, kes penderaan wanita dan kanak-kanak, kes pencabulan, liwat, sodomi dan sumbang mahram. Perkhidmatan ini mendapat kerjasama yang baik daripada IPD Kulim, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat NGO seperti Pertubuhan Wanita NCWO di samping lain-lain jabatan di Hospital Kulim.
Perkhidmatan Informasi Pelanggan
Perkhidmatan ini disediakan di Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan yang terletak di bahagian Drop Zone JKT. Ianya beroperasi selama 24 jam mulai penghujung tahun 2004 sehingga kini. Ia dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 pada waktu pejabat sepenuhnya. Selepas waktu pejabat staf yang dipertanggungjawab untuk menguruselia perkhidmatan ini adalah Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Kaunter Triage kerana kekurangan staf. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah memberi bantuan sokongan kepada pelanggan dalaman dan luaran yang memerlukan bantuan kecemasan klinikal dan non-klinikal juga member maklumat berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan JKT serta lain-lain jabatan di hospital ini.
Latihan
Bagi memantapkan ilmu perubatan di kalangan staf, JKT telah mengadakan CME pada setiap bulan secara berkala yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan atau anggota paramedik. Pihak pembekal peralatan perubatan juga dijemput untuk mengadakan demontrasi penggunaan alat-alat tertentu dan ceramah pengenalan produk-produk tertentu. CME peringkat hospital juga diadakan dan telah disampaikan oleh Dr. Norliza Bt Bakhri, disamping Dr. Mohamad Suhani Bin Mohamad, Pakar Forensik Dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik HSB Alor Setar. Kursus turut dianjurkan oleh pengurusan JKT dengan kerjasama pihak pentadbiran hospital antaranya Bengkel Pengurusan Bencana dan Kursus Pengurusan Jenazah Dan Forensik. Latihan untuk menghadapi bencana juga turut diadakan bagi memperkemas dan membiasakan diri dengan suasana bencana dan untuk menilai keberkesanan integrasi dengan lain–lain GO dan NGO. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara bersepadu Hi – Tech Park Coorporation, PBT Hi Tech, Bomba Dan Penyelamat, IPD Kulim dan lain-lain NGO di daerah Kulim ini. Hampir kesemua petugas di jabatan ini telah dihantar untuk menghadiri pelbagai kursus samada kursus dalaman atau luaran ini bagi memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.
Latihan klinikal juga diberikan kepada pelatih Jururawat Masyarakat, pelatih Jururawat daripada MAHSA dan SEGI serta pelajar-pelajar perubatan daripada ACMS dan lain-lain institusi perubatan daripada dalam dan luar negara. Pihak jabatan juga menerima jemputan NGO dan sekolah-sekolah untuk mengendalikan kursus First Aid dan telah menghantar beberapa staf untuk memberi ceramah dan tujuk ajar tentang pengendalian kes kecederaan.
Perkhidmatan Forensik ( Rumah Mayat )
Perkhidmatan ini diletakkan di bawah seliaan dan pengurusan Ketua JKT, Dr. Norliza Bt Bakhri. Dengan peningkatan kes-kes Medico-legal, Natural death, still birth dan amputated body di samping tugas-tugas am, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 telah ditempatkan sepenuh masa di Unit Perubatan Forensik bagi melincinkan pentadbiran di sana mulai 1 November 2008. Beliau dibantu oleh 2 Penolong Pegawai Perubatan dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Pemantauan keseluruhan perkhidmatan ini adalah di bawah Pakar Forensik HSB, Dr. Mohamad Suhani Bin Mohamad.
Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan
Seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 telah ditugaskan (7.00 pagi hingga 5.00ptg) untuk mengurus semua aktiviti-aktiviti di PKPK (Call Centre) serta di selia dan dipantau oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32. Kekurangan Penolong Pegawai Perubatan U29 menghadkan waktu kerja di PKPK secara syif namun begitu semua aktiviti ini terus beroperasi selama 24 jam. Selepas waktu pejabat urusan aktiviti di sini di pertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Perubatan Kaunter Triage. Pusat ini dilengkapi dengan Sistem Komunikasi (Com Set). Antara aktiviti utama yang berpusat di PKPK ialah :-
v Pusat penyelarasan, pengurusan, pemantauan keadaan dan pergerakan semua ambulan
( Panggilan Ambulan, Rujukan Kes Keluar dan Liputan Perubatan)
v Call Taker ( 999 )
v Bilik Operasi Gerakan Bencana (Bila Perlu)
v Informasi
Perkhidmatan Berkhatan
Sebanyak 138 kes telah mendapat perkhidmatan berkhatan sebagai khidmat masyarakat dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan terlatih pada musim cuti penggal persekolahan. Perkhidmatan sokongan ini adalah untuk menampung keperluan permintaan pelanggan bagi kes berkhatan secara percuma.
Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP)
Langkah kerajaan memanjangkan waktu operasi di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan di luar waktu pejabat adalah satu tindakan yang sangat baik. Namun begitu masalah kekurangan pegawai perubatan dan lain-lain staf menjadi semakin meruncing. Jabatan ini telah dipilih oleh KKM untuk melaksanakan KRPSWP.
Mulai bulan Mei 2008 KRPSWP dilaksanakan pada hari Jumaat sahaja dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam dengan dibantu oleh Pegawai Perubatan dari Poliklinik Bandar Kulim. Mulai Julai 2008 sehingga sekarang ini waktu KRPSWP diperluas kepada setiap hari termasuklah hari cuti minggu dan kelepasan am. Waktu perkhidmatan KRPSWP pada hari Jumat dan Sabtu dipanjangkan kepada 3 syif iaitu dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang, 2.00 petang hingga 6.00 petang dan 6.00 petang hingga 10.00 malam. Manakala pada hari lain waktu perkhidmatan adalah seperti biasa mulai 6.00 patang hingga 10.00 malam. Semua butiran kedatangan pesakit didokumenkan di dalam Sistem E-MASA KKM emasa.moh.gov.my selepas jam 10 malam.
Aktiviti-aktiviti Lain
Majlis Tahlil Dan bacan Doa Selamat ( Malam Mesra )
Pihak jabatan telah mengadakan Malam Mesra jabatan bagi mengeratkan perhubungan dan silatulrahim dikalangan staf pelbagai kategori . Majlis dengan didahului Solat Maghrib Berjemaah dan Doa Selamat oleh Imam Jemputan .
Jamuan Perpisahan
Bagi staf yang berpindah, bersara mahupun melanjutkan pelajaran, pihak jabatan juga mengadakan jamuan perpisahan bagi menghargai sumbangan mereka.
Anugerah Pekerja Cemerlang
Disamping Anugerah Khidmat Cemerlang tahunan Hospital Kulim, pihak jabatan juga memperkenalkan inisiatif sendiri iaitu di peringkat jabatan. Anugerah ini dilakukan pada setiap 3 bulan. Pemilihan ditentukan oleh staf sendiri.
Clinical Audit
‘Audit on the Management of Asthma Patients’ oleh Dr. Norliza Bakhri telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Clinical Audit peringkat Negeri Kedah.
Melaksanakan Program Kerja JKN / NIA / KPI