RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
RSS Feed
« 1 (2) 3 4 »
Tahukah Anda : BAHAYA MAKANAN SEGERA
Posted by Tetamu on 2020/3/3 7:40:00 (641 reads)

Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:
a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol

Read More... | 3409 bytes more
Tahukah Anda : Ramai orang muda sakit jantung
Posted by Tetamu on 2020/3/3 7:30:00 (985 reads)

Ramai pesakit muda

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Yaakob, berkata dalam pangkalan data yang dikemas kini 2018, terdapat kira-kira 17,771 pesakit ACS, memperlihatkan kepentingan orang muda untuk menjalani gaya hidup sihat bagi mengelakkan risiko serangan jantung.

Katanya, daripada jumlah itu kira-kira 80 peratus adalah lelaki berusia di bawah 50 tahun dengan 55 peratus daripadanya adalah perokok tegar.

Read More... | 1373 bytes more
Tahukah Anda : JOM MINUM SUSU SETIAP HARI
Posted by Tetamu on 2020/3/3 7:30:00 (622 reads)

Kepentingan minum susu Susu adalah minuman yang kaya dengan pelbagai nutrien. Susu merupakan sumber mineral dan vitamin yang baik seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B dan vitamin D. Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Anak-anak diperingkat umur persekolahan masih dalam proses tumbesaran dan mereka memerlukan kalsium untuk pembentukan dan kekuatan tulang dan gigi.

Read More... | 1517 bytes more
Tahukah Anda : Gangguan sistem endokrin
Posted by Tetamu on 2020/3/3 7:10:00 (593 reads)

INDIVIDU yang menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk barah sering dipersalahkan kerana mengabaikan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan salah.

Hakikatnya, ada banyak lagi faktor menyebabkan kesihatan individu terjejas akibat gangguan pada sistem endokrin.

Sistem endokrin ialah sistem dalam badan yang bertanggungjawab menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam darah untuk mengawal atur aktiviti badan.

Read More... | 2089 bytes more
Tahukah Anda : Demam Denggi
Posted by Tetamu on 2020/3/3 6:50:00 (635 reads)

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Read More... | 1340 bytes more
« 1 (2) 3 4 »

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768