Home / Bayaran Bil


Bayaran Bil

Unit Hasil adalah salah sebuah unit yang penting di Hospital Kulim. Unit ini bertanggungjawab menerima dan mengurus semua bayaran berkaitan dengan caj-caj yang dikenakan kepada pesakit dalam dan luar mengikut peraturan yang ditetapkan dalam perintah Am bab F akta Fee 1951(perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) (pindaan 2003), Pekelilng-pekeliling Kewangan dan Arahan-Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua kutipan hasil ini dikendalikan di kaunter utama Unit Hasil dan Bilik Daftar Masuk.

Lokasi
Unit Hasil terletak di tingkat bawah bahagian hadapan pintu utama hospital bersebelahan Klinik Pergigian.

Waktu Bayaran
Waktu Pejabat: Bayaran dibuat di kaunter Unit Hasil


Ahad-Rabu 8.00 pagi-4.30 petang
Khamis 8.00 pagi-3.00 petang
Jumaat dan Sabtu      
Cuti Rehat

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, sila:

  • beritahu nama anda, tarikh keluar wad.
  • Tunggu kepingan caj anda diperiksa dan dilengkapkan untuk dikeluarkan bil dan anda akan diberitahu jumlah caj yang dikenakan. 
  • Pesakit boleh membayar bil-bil hospital dengan menggunakan kad kredit di Kaunter Hasil (Pesakit Dalam Sahaja).
  • Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan mana-mana kakitangan/ pegawai di Unit Hasil untuk mengatasi masalah anda melalui talian telefon 04-427 2733(samb.3120 / 3119).

Surat Pengenalan dan Akuan
Kakitangan Kerajaan , swasta atau pelajar yang mempunyai surat pengenalan dan akuan yang sah, perlulah mengemukakan surat tersebut sebelum meninggalkan hospital. Pekerja-pekerja estet dikehendaki mengemukakan surat jaminan daripada majikannya dalam tempoh 24 jam dari tarikh kemasukan. Kegagalan mengemukakannya akan dicaj / dikira sebagai orang awam.

*Peringatan
Mintalah bantuan saudara / waris rakan anda bagi mendapatkan surat jaminan seberapa segera semasa anda dimasukkan ke wad.


Portal Rasmi Hospital Kulim

http://hkulim.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Bayaran_Bil