RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Unit Kualiti

Unit Kualiti Hospital Kulim

Pengenalan
Unit Kualiti Hospital Kulim telah ditubuhkan pada tahun 2006. Diketuai oleh Dr. Azrinah Binti Azuar, Pegawai Perubatan Pentadbir/Klinikal UD54 dan diselaras oleh SN Noorhaslinda Binti Kamis, Jururawat Terlatih U29. Unit ini merupakan sekretariat kepada jawatankuasa QAP (Quality Assurance Programme) diperingkat Hospital Kulim. Ia juga berfungsi sebagai pusat penyelarasan semua aktiviti – akitiviti kualiti yang dilaksanakan serta merupakan pusat rujukan kepada seluruh warga kerja Hospital Kulim dan lain – lain. Unit ini juga membantu hospital dalam mencapai status Akreditasi dan MS ISO 9000:2008 serta beberapa program lain.   
 
Visi
Unit Kualiti sebagai sebuah pusat pengumpulan maklumat untuk peningkatan kualiti yang memberi perkhidmatan berteraskan prinsip-prinsip kualiti mengikut standard yang ditetapkan dalam perkhidmatan.
 
Misi
Unit Kualiti memberi perkhidmatan ke arah peningkatan aktiviti kualiti secara berterusan berteraskan budaya kerja berpasukan, profesionalisma dan pembelajaran yang berterusan selaras dengan polisi Hospital Kulim dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Objektif
  • Membentuk data untuk aktiviti peningkatan kualiti di Hospital Kulim, meneliti kelebihan serta kekurangan aktiviti dan membuat penambahbaikan.
  • Mengenal pasti masalah dalam struktur kualiti dan merumus serta melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.
  • Membangunkan sistem yang sesuai dan diterima pakai bagi memantau kualiti jagaan kesihatan dan inisiatif kualiti.
  • Menerapkan sifat-sifat positif terhadap penambahbaikan kualiti kepada warga kerja Hospital Kulim dan 'Quality Assurance' sebagai alat pengukur untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan jagaan perubatan.

Carta Organisasi

Skop Tugas Unit Kualiti

 

  1. Merancang, menyelaras dan mengawasi perlaksanaan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti kepastian kualiti: National Indicator Approach (NIA) / Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
  2. Merancang, menyelaras dan mengawasi aktiviti-aktiviti persediaan dan implementasi piawaian MS ISO 9001:2008 dan Akreditasi adalah berkesan dan mempunyai penambahbaikan yang berterusan;
  3. Memantau setiap Incident Reporting yang berlaku dan memastikan ianya disiasat dan diambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan insiden-insiden tersebut daripada berulang; 
  4. Merancang dan membantu melaksanakan Kajian HSA, KIK, Healthy Setting, Inovasi dan Audit;
  5. Menguruskan dukimentasi / penerbitan dam memberi maklumbalas pencapaian aktiviti-aktiviti kualiti hospital kepada semua pihak yang berkaitan;
  6. Membantu dalam penyediaan laporan serta pengedaran laporan, buletin atau buku kecil berkaitan dengan aktiviti peningkatan kualiti;
  7. Menyediakan Laporan Tahunan Hospital;
  8. Merancang dan menguruskan mesyuarat : Mesyuarat Kualiti, QA, Laporan Insiden, Pengurusan Risiko, Akreditasi, ISO 9001:2008 dan lain-lain;
  9. Membantu pelaksanaan Program Kerja Bahagian Perubatan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah;
  10. Membantu dalam menganalisa, mengenalpasti dan menjalankan penilaian terhadap keberkesanan, kejayaan, kegagalan serta masalah hospital dalam mencapai standard yang telah ditetapkan;
  11. Berperanan sebagai Resource Person dalam memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital;
  12. Membantu menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti;
  13. Menghadiri mesyuarat kueliti di peringkat jabatan dan hospital sebagai pembantu / setiausaha kepada Pengarah Hospital; dan
  14. Menjadi urusetia dalam aktiviti peningkatan kualiti di peringkat hospital.

Aktiviti- Aktiviti Kualiti

 1.  ISO          
13.
 Maternal Mortality Review
 2.  Akreditasi   14.  Perioperative Mortality Review
 3.  National Indicator Approach   15.  Pediatric Mortality Review
 4.  Key Performance Indicator   16.
 Incident Reporting
 5.  Inovasi   17.
 Credentialing & Privileging
 6.  Kumpulan Inovatif Dan Kreatif   18.  Kepuasan Pelanggan
 7.  Hospital Specific Approach   19.
 Piagam Pelanggan
 8.  Clinical Audit   20.
 Hari Bersama Pelanggan
 9.  Non-Clinical Audit   21.
 Papan Informasi
 10.  ICU Audit   22.
 Audit Rekod Perubatan
 11.  Nursing Audit   23.
 Hospital Mortality Review
 12.  PKPA Audit   24.
 Laporan Tahunan

 

Pegawai Untuk Dihubungi :

 

 Nama :
SN Noorhaslinda Binti Kamis
 No. Telefon
:
04-4272733 ext 3147
 Email
 : haslindakamis@kdh.moh.gov.my

 

 


 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768