RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Unit Dietetik Dan Sajian

Unit Dietetik Dan Sajian

LATAR BELAKANG 

   Jabatan Dietetik dan Sajian berfungsi sebagai salah satu unit sokongan teknikal. Jabatan ini memainkan peranan besar dalam usaha membantu penyembuhan pesakit melalui rawatan diet yang berkesan. Jabatan ini menyediakan dua bentuk perkhidmatan iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian makanan.

    Perkhidmatan dietetik diberikan dalam usaha untuk membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan 'evidence-based' disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

   Perkhidmatan sajian berfungsi dalam merancang dan menyediakan makanan untuk pesakit dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa, berkualiti serta melaksanakan prinsip pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan yang ditetapkan. Justeru, tugas dan tanggungjawab jabatan ini juga tidak kurang pentingnya dalam usaha membantu penyembuhan pesakit yang menerima rawatan di hospital ini.

 

OBJEKTIF

  1. Memberikan perkhidmatan sokongan kepada pesakit dalam dengan sajian makanan yang seimbang, selamat danberkualiti sesuai dengan tahap kesihatan pesakit;
  2. Memberikan perkhidmtan pemakanan sokongan (enteral) secara oral atau tiub kepada pesakit yang memerlukan; dan
  3. Memberikan perkhidmtan dietetik klinikal kepada pesakit dan orang awam untuk mencapai pemulihan awal dan maksimum.

 

MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusahan untuk :

Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmtan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan;
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakana dan dieteik;

Perkhimatan Sajian

  • Merancang penyediaan makana dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan maknana, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti;
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi,pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

 

PERJAWATAN

Jawatan
Kod Gaji
Bil. Jawatan
Pengisian
Kekosongan
Pegawai Dieteik
 U44 1
1
0
Pegawai Dieteik
 U41 2
2
0
Pen. Peg. Penyediaan Makanan  C27 2
2
0
Tukang Masak  N17 18
18
0
 JUMLAH   23
23
0

 

 

 

 

 

Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768