RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

 

LATAR BELAKANG 

Unit Teknologi Maklumay Hospital Kulim titubuhkan pda Julai 2009 di bawah Bahagian Pengurusan. Perjawatan di Unit Teknologi Maklumat terdiri daripada seoran Pegawai Teknologi Kanan Gred F44, dua orang Pegawai Teknologi Maklumat Breg F41, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Gred F32 dan seorang Jututeknik Komputer Gref FT17. Unit ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Penyelia Jururawat di aras 2 bangunan pentadbiran.

 

OBJEKTIF

  • Membantu pengurusan Hospital Kulim dengan melaksanakan penggunnaan teknologi maklumat bagi mencapai misisnya dengan lebih berkesan dan cekap selaras dengan kehendak KKM;
  • Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Kulim dalam usaha ke arah pengkomputeran sistem pengurusan dan pentadbiran bagi memperbaiki dan meningkatkan produktiviti mutu kerja dan kesihatan orang ramai; dan
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi memperkukuhkan prasarana ICT hospital.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan Unit Teknologi Maklumat terbahagi kepada aktiviti-aktiviti utama seperti yang berikut :-

  • Penyelenggaraan Sistem Rangkaian
    • Aktiviti ini meliputi pemantauan sistem rangkaian, perluasan, menaiktaraf serta menyelenggara infrastruktur rangkaian sedia ada. Pemantauan keselamatan sistem rangkaian juga termasuk di dalam aktiviti ini.
  • Pembangunan Sistem Aplikasi
    • Unit Teknologi Maklumat membangunakan sistem alplikasi secara in-house (dalaman) tanpa melibatkan kos pembangunan. Penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi sedia ada juga termasuk dalam skop aktiviti ini.
  • Penyelenggaraan Server
    • Mengurus dan mentadbir  operasi server aplikasi eHIS dan server-server sistem intanet.
  • Penyelenggaraan Peralatan ICT
    • Penyelenggaraan peralatan ICT merangkumi penyelenggaraan server, network switch, firewall, komputer peribadi, komputer riba, pencetak serta penimbas. Aktiviti ini meliputi penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance). Penyelenggaraan pembaikan dilaksanakan mengikut aduan kerosakan yang diterima manakala penyelenggaraan pencegahan adalah penyelenggaraan yang dilaksanakan secara berkala.
  • Penyelenggaraan Laman Web Hospital Kulim
    • Aktiviti ini merangkumi pengemaskinian kandungan  agar maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan menepati standard yang telah ditetapkan oleh MDeC.
  • Pengurusan email 1GovUC
    • Email 1Govuc telah mula dilaksanakan di Hospital Kulim pada 1 oktober 2013. Aktiviti penggunaan emai 1GovUC merangkumi :-
      • Pemgwujudan akaun email pengguna baru;
      • Pemindahan akaun sedia ada bagi penggunan yang bertukar masuk/keluar;
      • Penggantungan akaun email bagi pengguna yang cuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti sakit dan sebagainya; dan
      • Pembatalan akaubagi pengguna yang bersara, letak jawatan atau bertukar keluar dari KKM.
  • Latihan ICT
    • Selarans dengan tahap penggunan teknologi maklumat yang semakin meningkat di Hospital Kulim, Unit Teknologi Maklumat turut menyediakan kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan warga hospital dalam penggunaan sistem-sistem aplikasi serta perisian-perisian dalam melaksanakan tugasan harian. Pelaksanaan kursus ICT bagi mempertingkatkan celik ICT juga merupakan salah satu KPI yang telah ditetapkan oleh KKM. Kursus-kursus ICT yang disediakan merangkumi Microsoft Office Word, Powerpoint, Excel, Sistem MyCPD, emel 1GovUC, Sistem HRMIS, Sistem eSPKB dan sebagainya.
  • Multimedia
    • Unit Teknologi Maklumat membantu menyediakan multimedia serta merekabentuk banner/streamer/buku program bagi program/kempen yang dilaksanakan oleh Hospital Kulim.
  • Menyelaras Pelaksanaan Sistem-Sistem Dari JKN, KKM dan sebagainya di Hospital Kulim
    • Selain daripada pelaksanaan sistem-sistem dalaman yang khusus untuk Hospital Kulim, Unit Teknologi Maklumat juga membantu menyelaras pelaksanaan sistem-sistem dari JKN Kedah, KKM, Jab. Akauntan Negara, JPA, MAMPU dan sebagainya.
 

 

PERJAWATAN

JAWATAN
GRED
JUM. JAWATAN
PENGISISAN
KEKOSONGAN
 Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
 F44  1  1  0
 Pegawai Teknologi Maklumat  F41  2  2  0
 Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
 F32  1  1  0
 Juruteknik Komputer  FT17  1  1  0
 JUMLAH   5  5  0

 


 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768