RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan

LATAR BELAKANG 

 

 

Unit ini mula beroperasi pada tahun 1994 dengan tenaga kerja seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan serta seorang Pembantu Tadbir. Pada mulanya, unit ini terletak di Pakar 1 dan pada 15 Januari 2006 unit ini telah dipindahkan ke  bangunan baru iaitu Unit Promosi Pendidikan Pesakit Hospital Kulim.

 

OBJEKTIF

  • Memberi rawatan yang komprehensif secara bekerjasama dengan Pegawai Perubatan dan kakitangan Paramedik di dalam merawat pemulihan pesakit seiring dengan konsep Total Patient Care;
  • Membantu pemulihan pesakit dengan kaedah penilaian, penganalisaan dan penyelesaian masalah dari aspek psikososial dan sosio ekonomi pesakit agar berupaya kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya; dan
  • Meningkatkan kefungsian sosial pesakit untuk mengatasi pelbagai masalah sosialyang dihadapinya.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Terapi sokongan / kaunseling

  • Penjagaan pesakit kronik
  • Cubaan bunuh diri
  • Perbalahan / keganasan rumah tangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Mangsa perkosaan
  • Penganiayaan kanak-kanak
  • Masalah tingkahlaku
  • Kes kurang upaya / cacat
  • Ketagihan
  • Perlindungan wanita / gadis
Bantuan Praktik
  • Penilaian sosioekonomi
  • Rujukan ke agensi / hospital luar
  • Pendaftaran kes kurang upaya (OKU)
  • Perancangan keluar wad / mengesan keluarga
  • Lawatan ke rumah / home visit
  • Penempatan institusi
  • Penjagaan anak peliharaan / anak angkat
  • Tambang / alat tiruan / peralatan

 

FUNGSI

  • Menguruskan kes-kes terapi sokongan dan bantuan praktik
  • Menguruskan bantuan kewangan dan Tabung Bantuan Perubatan alat perubatan / pemulihan / implan, MAKNA, IJN, Yayasan Kebajikan Masyarakat
  • Menguruskan bantuan pengangkutan tempatan dan luar kawasan
  • Rujukan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Kemsukan atau mendapatkan perlindungan dari institusi kebajikan kerajaan atau swasta
  • Urusan kes-kes rogol, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga. ibu tanpa nikah dan penempatan selamat bayi tanpa nikah
  • Kaunseling keluarga dan individu untuk pesakit cubaan bunuh diri.

 

PERJAWATAN

 JAWATAN  GRED BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Pegawai Kerja Sosial Perubatan
 S41  1  1  0
 Pembantu Tadbir  N17  1  1  0

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama  :  En Noor Mizam Bin Mohd Noor
 Jawatan  :  Pegawai Kerja Sosial Perubatan
 No Telefon (ext)  :  3241
 Email  :  mizam@moh.gov.my

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768