RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Respiratori

Unit Peralatan Respiratori Dan Haemodianamik

 

LATAR BELAKANG 

Unit Peralatan Respiratori dan Hemodinamik (RHE) berada di bawah Jabatan Anaesthesia. Diketuai oleh seorang Pakar Bius (Ketua Jabatan) dan dibantu oleh seorang lagi Pakar bius klinikal, 15 orang Pegawai Perubatan dan 5 anggota sokongan. Unit ini diwujudkan bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan yang akan diberikan kepada pesakit, waris dan juga jabatan anestesiologi sendiri. Dengan wujudnya unit ini, segala peralatan respiratori dan hemodinamik akan dapat dijaga, diselia, dipantau dan disediakan untuk kegunaan pesakit yang memerlukan dengan cepat, tepat dan selamat.

Pengurusan kerja harian dikendalikan di bawah tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Perubatan Kanan U32 yang menjalankan kerja pengurusan unit dan juga menjalankan kerja-kerja klinikal.Satu lagi perjawatan Penolong Pegawai Perubatan U32 dipinjamkan ke unit lain yang memerlukan perjawatan tersebut. Unit ini mempunyai seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP) untuk membantu pengurus unit dalam urusan klinikal. Unit ini juga dibantu oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang menjalankan kerja-kerja klinikal dan juga seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

Unit ini belum mempunyai ruang atau bilik sendiri untuk menjalankan aktiviti, buat sementara waktu unit ini menumpang di unit rawatan rapi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti hariannya.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi Bayi. Unit Rawatan Intensif Neonate dan Unit Rawatan Jantung dengan menyediakan peralatan pernafasan (ventilator), peralatan hemodinamik termasuk cardiac monitor dan peralatan lain yang selamat dan berkesan penggunaannya keatas pesakit.
  • Menyediakan peralatan pakaibuang (consumables) yang efektif dan bermutu tinggi tanpa melepasi had-had perbelanjaan yang diperuntukkan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Menyediakan, menguruskan dan melakukan tugas penyelenggaraan semua peralatan bantuan pernafasan, monitor pesakit, alatan pakaibuang, peralatan perubatan kritikal yang digunakan di unit rawatan rapi, dewan bedah dan lain-lain unit di dalam hospital yang memerlukannya.
  2. Melakukan proses-proses penyucian hama dari membasuh, mencuci, merendam (disinfek) dan melakukan kalibrasi ke atas semua peralatan perubatan kritikal sebelum digunakan ke atas pesakit.
  3. Membantu Pakar Anestesiologi di dalam prosidur khas yang diperlukan dan juga menjalankan kursus Cardi Pulmonari Resuscitation / Basic Life Support.
  4. Membantu Pakar Anestesiologi di dalam menjalankan Testing & Commissioning peralatan baru yang diterima dan menyimpan segala rekod berkenaan dengan aset dan penyelenggaraannya.
  5. Membuat pesanan barang-barang pakaibuang dan juga peralatan-peralatan seperti yang diarahkan oleh pakar anestesiologi.
  6. Membaiki kerosakan kecil pada peralatan perubatan kritikal dan menghubungi pihak BEMS jika terdapat kerosakan yang tak dapat dibaiki .

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI  

 Nama  :  
 Jawatan  :  
 No Telefon
 :  
 Email  :  

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768