RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan

LATAR BELAKANG   

Unit Rekod Perubatan mula beroperasi di lokasi baru pada bulan Mac 2005. Terletak bersebelahan dengan Klinik Pakar 2. 

 

OBJEKTIF

Laporan Perubatan

  • Memastikan semua permohonan yang diterima lengkap dan mengikut peraturan
  • Memproses semua laporan perubatan yang diterima dalam masa yang ditetapkan iaitu 4 minggu hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima
  • Memastikan penyerahan laporan perubatan dibuat ke atas orang yang memohon sahaja
  • Memastikan semua salinan laporan perubatan disimpan ditempat yang selamat

Perangkaan

  • Menyediakan data atau maklumat berorientasikan pengurusan yang tepat dan bekenaan kepada pengurusan-pengurusan dipelbagai peringkat pentadbiran jabatn untuk program perawatan perubatan
  • Menyediakan laporan perangkaan yang kengkap, terkini, cepat dan batul
  • Menyimpan data atau maklumat sebagai sumber rujukan yang penting bagi kegunaan pengurusan atau pihak-pihak yang berkenaan.
Penerimaan Dan Penyimpanan Rekod Perubatan
  • Memastikan semua rekod perubatan pesakit disimpan dalam keadaan sempurna dan selamat bagi memudahkan urusan pengeluaran
  • Memastikan semua rekod perubatan dijaga dengan rapi
  • Memastikan pengeluaran rekod pesakit hanya dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa sahaja
  • Memastikan keselamatan rekod perubatan dan juga memastikan tidak ada orang yang tidak berkenaan kerada dalam kawasan penyimpanan fail
  • Mematikan kandungan rekod perubatan berada dalam keadaan baik bagi memudahkan apabila diperlukan untuk tujuan rujukan atau penyelidikan. 
 
SKOP PERKHIDMATAN
  • Unit Rekod telah dipilih oleh KKM dalam pilot projek untuk melaksanakan Pemusatan Rekod (One Patient One Folder)
  • Pemusatan Rekod bertujuan untuk memastikan satu rekod bagi satu pesakit sepanjang mendapat rawatan di Hospital Kulim walaupun rawatan diberikan oleh pelbagai disiplin yang berbeza dan susunan fail BHT disusun semula dengan melaksanakan sistem Modified Terminal Digit Filing System (MTDFS) 
  • Menyediakan laporan perubatan bagi pesaki-pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Kulim
  • Menyediakan reten-reten harian, mingguan, bulanan dan tahunan mengikut Sistem Pengurusan Maklumat Hospital bagi kegunaan pihak pentadbiran hospital, pengarah dan kementerian. Data diperolehi dari bahagian yang berikut :-
    • Rawatan Pesakit Luar
    • Rawatan Pesakit Dalam
    • Rawatan Sokongan - Pengimejan Dan Diagnostik (X-Ray)
    • Fisioterapi
    • Makmal
    • Perkhidmatan Pemindahan Darah
    • Dewan Bersalin
    • Dewan Bedah
  • Menyelaras kes-kes Lembaga Perubatan PERKESO (SOCSO)
  • Menyelaras prosedur-prosedur Lembaga Perubatan
  • Mengurus kes-kes notifikasi penyakit berjangkit (CDCIS) melalui Sistem Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit bagi penyakit yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
 
PERJAWATAN
 
JAWATAN GRED
BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Pen. Pegawai Rekod Perubatan
N27
2
 2 0
 Pembantu Tadbir  N22 2  2 0
 Pembantu Tadbir
 N17 7
 7 0
 Pembantu Am Pejabat
 N1 1
 1 0
 Pembantu Rendah Am
 R1 1  1 0
 JUMLAH 13
13
 0
 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama  :  Pn. Faezah Binti Saad
 Jawatan  :  Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan)
 No. Telefon (ext)
 :  3112
 Email  :  fazahsaad@moh.gov.my

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768