RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Rawatan Rapi

Unit Rawatan Rapi

 

LATAR BELAKANG 

Unit Rawatan Rapi terletak di tingkat 2 bersebelahan dengan Unit Rawatan Koronari (CCU). Mempunyai 7 katil. Unit ini adalah sebuah unit “ Multi Displin Unit “. Setiap kes yang dimasukkan ke unit ini hendaklah diperiksa/ dilihat atau diberitahu terlebih dahulu oleh Pegawai Perubatan Bius atau Pakar Bius.

Diketuai oleh 2 orang Pakar Bius iaitu seorang Pakar Bius (Ketua Jabatan) dan dibantu oleh seorang Pakar Bius Klinikal. Terdapat 14 orang Pegawai Perubatan yang membantu dan disokong 34 orang anggota sokongan. Pengurusan kerja-kerja harian dikendalikan di bawah tanggungjawab seorang Pengurus Unit atau Ketua Jururawat U32. Pada tahun 2013, jabatan ini mempunyai seramai 8 orang anggota jururawat U32(KUP), 23 orang jururawat U29 dan 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12/U3.
 
Pengurus Unit atau Ketua Jururawat dibantu oleh para jururawat dan Pembantu Perawatan kesihatan untuk mmemberikan penjagaan rawatan yang berkualiti, efektif dan berkesan berpandukan garispanduan yang ditetapkan oleh KKM.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perawatan yang efektif ke tahap optima terhadap pesakit yang memerlukan, berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan garis panduan yang ditetapkan.
  • Memberikan rawatan rapi yang berkualiti, efektif dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan atau sebaliknya supaya permulihan awal dan dapat mengurangkan komlpikasi dapat diwujudkan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Jumlah pesakit yang menerima rawatan telah bertambah, ini disebabkan jabatan ini bukan sahaja menerima pesakit-pesakit yang dirujuk dari unit-unit di hospital ini tetapi menerima dari daerah luar seperti Hospital Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Selama, Seberang Jaya, Sungai Petani dan kadang kala dari Hospital Alor Setar dan juga dari hospital swasta yang berhampiran. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti :

  1. Menerima kemasukan pesakit mengikut kriteria
  2. Menerima penjagaan dan perawatan rapi untuk pesakit kritikal seperti berikut:
    • Penjagaan pesakit yang menggunakan mesin pernafasan
    • Penjagaan saluran pernafasan pesakit yang menggunakan mesin pernafasan melalui ETT atau tracheostomi dengan melakukan sedutan
    • Penjagaan pesakit untuk „ cerebral protection‟ / resuscitation
    • Penjagaan pesakit yang ada chest tube
    • Penjagaan pesakit yang menerima rawatan dialysis
  3. Penjagaan mesin ventilasi dan „tubing„ termasuk pemasangan serta pembersihannya
  4. Penjagaan pesakit yang mempunyai continous haemodynamic secara invasive dan noninvasive
  5. Melakukan ujian ABG untuk pesakit serta interpretation
  6. Melakukan pengiraan dan pemberian suntikan inotrop pada pesakit yang memerlukan
  7. Melakukan prosedur CPR, ACLS dan PALS bila ada kecemasan
  8. Melakukan tatacara fisioterapi
  9. Pemberian Aerosol Therapi kepada pesakit
  10. Membantu para doktor melakukan prosedur khas seperti intubasi, extubasi, kemasukan arteri line, triple lumen dan cvp line serta penjagaannya
  11. Menyediakan pesakit untuk prosedur Bronchoscopy dan OGDS bila diarahkan
  12. Penjagaan pesakit koronari jantung serta rawatannya
  13. Pemindahan keluar pesakit kritikal yang telah sembuh
  14. Memberikan sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
  15. Merujuk pesakit kepada Jabatan Sosial Perubatan bagi pesakit yang memerlukan bantuan psikososial
  16. Demonstrasi dan pemahaman berkenaan keselamatan dan pengawalan infeksi.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI  
 Nama  :  
 Jawatan  :  
 No Telefon
 :  
 Email  :  

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768