RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Posting Elektif

POSTING ELEKTIF DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kriteria Menjalani Posting Elektif

1. Hanya pelajar perubatan yang berdaftar dari institusi berikut layak diterima menyertai skim posting elektif :-
 
  • Institusi yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971; dan 
  • Institusi pengajian tinggi tempatan (awam dan swasta)
   
2.
Individu berikut tidak layak menyertai skim posting elektif :-
 
  • Pelajar perubatan yang telah tamat pengajian;
  • Graduan perubatan yang telah menamatkan pengajian dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan negara asing boleh memohon Perakuan Amalan Sementara dibawah seksyen 16 Akta Perubatan 1971, jika berkenaan; dan
  • Graduan perubatan dari institusi yang tidak diiktiraf yang ingin mencari pengalaman sebelum menduduki ujian kelayakan perubatan.
   
3.
Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sebelum memulakan posting elektif. Permohonan hendaklah dikemukankan kepada Pengarah Kesihatan Negeri/Ketua Institusi berkenaan tidak kutang dari TIGA BULAN dari tarikh memulakan posting.
   
4.
Semua permohonan hendaklah diurus oleh Jabatan Kesihatan Negeri atau institusi masing-masing dan kelulusan diberikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri/Ketua Institusi terus kepada pelajar berkenaan dengan salinan surat kepada Ketua Jabatan.Unit fasiliti berkenaan.  
   
5.
Pengarah Kesihatan Negeri/Ketua Institusi berhak sepenuhnya :-
   
6.
Pengarah Kesihatan Negeri/Ketua Institusi perlu memastikan pengagihan pelajar dibuat agar tidak membebankan pihak pengurusan fasiliti dan juga pesakit.
   
7.
Jumlah keseluruhan posting tidak boleh melebihi enam minggu bagi setiap tahun san tempoh posting bagi setiap disiplin tidak boleh kurang dari tiga minggu.
   
8.
Selaras dengan objektif posting elektif, pegawai yang menyelia tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penilaian pencapaian ke atas mena-mana pelajar yang menjalani posting elektif. Pegawai yang menyelia hanya boleh mengesahkan kehadiran dan komitmen pelajar sepanjang tempoh pengajian.
   
9.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri/Ketua Institusi dan fasiliti berkenaan perlu mewujudkan suatu buku saftar bagi menyenaraikan maklumat pelajar yang menjalani posting elektif.
   
10.
Pelajar yang mengikuti posting elektif adalah tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan sedia ada dan juga mana-mana peraturan yang ditetapkan pihak berwajib dari masa ke semasa.
   
11.
Pihak berwajib berhak menamatkan posting elektif pelajar pada bila-bila masa jika didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan dan menghantar laporan kepada pihak institusi pelajar berkenaan serta disalinkan kepada Yang Dipertua,   Majlis Perubatan Malaysia dan Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
   
12.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar warga asing mempastikan mereka mereka mematuhi semua undang-undang negara seperti mempunyai visa pelajar dan sebagainya.
   
13.
Pihak berwajib boleh menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pelajar elektif, jika ada dengan bayaran tertentu.
   
14.
Segala aktiviti pelajar posting elektif diwad hendaklah dibawah pengawasan pegawai atau pakar perubatan unit/disiplin berkenaan.
   
15.
Pelajar yang menjalani posting elektif tidak dibenarkan sama sekali mengendali, menyiasatdan merawat mana-mana pesakit. Mereka hanya dibenarkan memeriksa pesakit bagi tujuan pengajian.
   
16.
Segala maklumat, data statistik, rekod perubatan dan lain-lain maklumat yang diperoleh semasa posting elektif adalah sulit dan sama sekali tidak boleh dikeluarkan dari mana-mana fasiliti dan digunakan bagi sebarang tujuan.
   
17.
Pelajar yang mengikuti posting elektif tidak layak menerima sebarang gaji atau elaun.
   
18.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk memastikan mereka mempunyai peruntukan kewangan mencukupi bagi menjalani posting elektif.
   
19.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjwab diatas sebarang kecederaan yang dialami atau penyakit yang diperolehi semasa menjalani posting elektif.
   
20. 
Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang Lampiran B dan dikemukakan bersama-sama surat rasmi Dekan yang menyokong permohonan tersebut.

 

Cara Memohon
 
1.
3 salinan Borang Permohonan Elektif
 
  • 2 salinan hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
  • 1 salinan hantar ke Hospital Kulim
  Download Borang Permohonan Elektif : Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris
   
2.
2 salinan surat rasmi dari Universiti / Kolej
 
  • 1 salinan hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
  • 1 salinan hantar ke Hospital Kulim
 

 

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768