![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() Kempen Derma Darah (18 April 2018 - 22 April 2018)Klik sini...Jadual terkini bagi lokasi dan masa ![]() Anda Berisiko Jika HamilKlinik PPC (Pre-Pregnancy Care) Hospital Kulim mengalu-alukan anda untuk pemeriksaan. Hubungi KJ Rosmina Binti Hanafi(ext:3256) untuk temujanji. Baca Selanjutnya. ![]() Klinik Berhenti Merokok Hospital KulimDatang sendiri ke Pusat Promosi Pendidikan Pesakit, Hospital Kulim pada hari Rabu,2.00-5.00 ptg @ hubungi Pn. Nor Hasliza Binti YusoFf (ext:3503) untuk temujanji. ![]() Cegah Kanser Servik melalui Pelalian HPVAdakah anak anda sudah mengambil suntikan pelalian HPV...baca selanjutnya |
Home / Piagam Pelanggan 2
Piagam Pelanggan, Hospital Kulim
PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesioanal, selamat. mesra, penyayang dan berkualiti :-
1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa mengunggu seperti berikut :
Kes Kritikal (Zon Merah) - Dirawat serta-merta; Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) - Dirawat dalam masa 30 minit; dan Lain-lain kes (Zon Hijau) - Akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.
2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
PIAGAM PELANGGAN TERAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :- Memastikan Setiap Pelanggan Berpuas Hati Dengan Perkhidmatan Diberikan Dengan : 1. Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi meklum balas awal dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. 2. Semua pesakit yang ditakrif oleh Malaysia Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kulim dengan serta merta. 3. 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan :
1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan; 2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
|