![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() Kempen Derma Darah (18 April 2018 - 22 April 2018)Klik sini...Jadual terkini bagi lokasi dan masa ![]() Anda Berisiko Jika HamilKlinik PPC (Pre-Pregnancy Care) Hospital Kulim mengalu-alukan anda untuk pemeriksaan. Hubungi KJ Rosmina Binti Hanafi(ext:3256) untuk temujanji. Baca Selanjutnya. ![]() Klinik Berhenti Merokok Hospital KulimDatang sendiri ke Pusat Promosi Pendidikan Pesakit, Hospital Kulim pada hari Rabu,2.00-5.00 ptg @ hubungi Pn. Nor Hasliza Binti YusoFf (ext:3503) untuk temujanji. ![]() Cegah Kanser Servik melalui Pelalian HPVAdakah anak anda sudah mengambil suntikan pelalian HPV...baca selanjutnya |
Home / Perutusan Pengarah
![]()
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sedang melayari Laman Web Rasmi Hospital Kulim. Kunjungan anda ke laman ini amat saya hargai.
Alhamdulillah kerana laman web Hospital Kulim ini berjaya dibangunkan oleh Unit IT Hospital Kulim dan telah diiktiraf sebagai laman web 5 bintang oleh MDeC dalam MGPWA bagi tahun 2012 dan 2013. Komitmen yang ditunjukkan untuk membangunkan laman ini bagi memudahkan dan mendekatkan perhubungan antara pengguna dengan pihak hospital amat saya hargai. Kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan kepada saya bahawa warga Hospital Kulim sentiasa dan akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna baik dari segi perkhidmatan kesihatan mahupun penyampaian maklumat.
Saya amat berharap agar laman web Hospital Kulim ini akan menjadi wadah utama penyebaran maklumat berkaitan Hospital Kulim kepada pengguna. Justeru, saya memohon kepada anda sebagai pengguna laman ini agar dapat memberikan cadangan penambahbaikan bagi memastikan laman ini benar-benar bermanfaat dan memenuhi keperluan anda. Bagi merealisasikan impian ini, anda boleh mengutarakan cadangan penambahbaikan anda dengan menggunakan laman interaktif melalui eBorang di bawah tajuk Cadangan/Maklumbalas.
Sekian, terima kasih sekali lagi dan selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Kulim.
Dr. Fauziah Binti Abdul Wahab, Pengarah Hospital Kulim. |