RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Pergigian Pediatrik

Jabatan Pergigian Pediatrik

 

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik bertapak di Klinik Pakar 4, Hospital Kulim pada 1 November 2017 dengan dianggotai oleh seorang Pakar Pergigian Pediatrik dan seorang Pegawai Pergigian Pediatrik. Sebelum itu, Lawatan Pakar Pergigian Pediatrik secara 3 bulan sekali bermula dari Ogos 2016 telah dilaksanakan dan kemudian, Pegawai Pergigian Pediatrik ditempatkan pada April 2017. Kini, Klinik Pergigian Pediatrik hanya mempunyai satu kerusi pergigian dan satu bilik pengurusan serta 5 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pakar Pergigian Pediatrik, 2 orang Pegawai Pergigian Pediatrik dan 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian. Jabatan ini menyediakan aktiviti promosi, perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khas.

VISI 

 

 Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Kulim menjadi sebuah pusat rujukan dan latihan, sesuai dengan kehendak pelanggan dan mengikut peredaran teknologi bagi zon selatan Kedah

 

 MISI 

Meningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak di zon selatan Kedah melalui promosi kesihatan dan penjagaan kesihatan secara menyeluruh melalui;

²  Pusat Rawatan

n  mengutamakan dan bertindak secara responsif terhadap kehendak pesakit

n  mengamalkan nilai-nilai murni dengan menekankan perkhidmatan penyayang, bekerja secara berpasukan dan profesionalisme

²  Latihan

n  melatih anggota kesihatan berkaitan Pergigian Pediatrik agar mempunyai kebolehan dan keupayaan cemerlang dalam pengendalian rawatan

²  Teknologi

n  Untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan Pergigian Pediatrik yang wajar teknologi

n  Meningkatkan pengetahuan dan praktis klinikal berkualiti melalui budaya penyelidikan yang beretika

 

OBJEKTIF

 Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang Pergigian Pediatrik bermula dari urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan hingga ke aspek rancangan rawatan, di samping melatih anggota pelatih dan mengemaskini pengetahuan serta kemahiran anggota kesihatan pergigian

1.         Menyediakan aktiviti promosi melalui penglibatan secara langsung atau tidak langsung

2.       Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan mulut yang komprehensif melalui aspek preventif, kuratif dan rehabilisasi kepada semua kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke bawah yang dirujuk, terutamanya yang berkeperluan khas

3.         Menyampaikan perkhidmatan secara cekap dan mampu diperolehi oleh setiap golongan masyarakat

4.         Memastikan rawatan dapat diberikan sehingga pesakit bebas dari tanda-tanda penyakit pergigian yang aktif (Orally fit)

5.         Memperkembangkan teknik rawatan melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak pelanggan

6.         Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme melalui latihan dan pembelajaran yang berterusan

 

PIAGAM PELANGGAN

 

 

1.      1.    Setiap pesakit dilayan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan ikhlas

2.      2.    Setiap pesakit akan didaftar dalam masa 30 minit

3.      3.    Setiap pesakit akan diberi maklumat menganai perkhidmatan yang disediakan

4.     4.    Setia pesakit akan diberi maklumat aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian

5.     5.    Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian yang sewajarnya secara cekap dan professional 

6.     6. Perundingan dan rawatan akan dimulakan dalam tempoh tidak lebih 90 minit selepas pandafatran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan

7.     7.    Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses sterilisasi dan disinfeksi mengikut protocol kawalan jangkitan silang yang terkini

8.     8.    Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan 

   9. Setiap maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

Berikut adalah skop perkhidmatan Jabatan:

 

1. Perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan perundingan

2. Kes Karies (Early Childhood Caries)

a)        Pencegahan Pergigian (Tunjukajar higin mulut, Profilaksis, scaling, Kaunseling diet, terapi topikal Fluorida dan GC Mousse)

b)        Rawatan Restoratif ringkas (Tampalan Amalgam, sewarna gigi dan korona)

c)         Rawatan Restoratif rumit (Pengurusan karies yang dalam)

d)        Rawatan Pulpa (Pulpotomi, Pulpektomi dan Rawatan akar)

e)        Cabutan: Gigi Susu (Desidus), terimpak dan yang berkaitan Ortodontik

3. Kes Trauma

a)        Trauma pergigian (Luksasi, Avulsi dan Intrusi) - Splinting

b)        Trauma dentoalveolar

c)         Trauma tulang rahang

4. Kes Patologi dan perubatan mulut serta keabnormalan kegigian

a)        Rawatan Infeksi Oro-fasial

b)        Rawatan Tumor, sista dan lain-lain kebengkakan

c)         Kes Amelogenesis imperfecta, Dentinogenesis imperfekta, Hypodontia, Molar-Insisor Hypermineralisasi

5. Rawatan Komprehensif bagi kanak-kanak kurang upaya

a)        Kanak-kanak masalah kompromi perubatan seperti kecacatan jantung, barah darah dan pesakit transplant serta penyakit kronik seperti asma, subnormal renal dan juga kanak-kanak yang immune-compromised

b)        Kanak-kanak istimewa (retardasi mental dan kecacatan fizikal) yang tidak dapat dikendalikan oleh Pegawai Pergigian seperti kanak-kanak terencat akal, cerebral palsy, Down’s Syndrome, Autism, Hiperaktif dan sebagainya.

6. Klinik Mesra bayi

a)        Natal/neonatal

b)        Tumbesaran dan pertumbuhan kegigian

c)         Penyusuan dan kegigian

7. Interseptif ortodontik

a)        Pengurusan ruang kegigian (space maintenance)

b)        Applians mudah

c)         Klinik Gabungan Ortodontik-Pergigian Pediatrik

8. Rawatan Rehabilitasi

a)        Restoratif: Korona dan jambatan pergigian

b)        Prostesis: Dentur, prostesis mata, obturator

9. Rawatan di wad dan pembedahan

a)        Mana-mana kes di wad yang dikenalpasti memerlukan perhatian dan kendalian dari kepakaran Pergigian Pediatrik

b)        Mana-mana kes yang memerlukan rawatan ekstensif (termasuk pembedahan) atau rawatan komprehensif untuk kanak-kanak yang kurang bekerjasama akan dijalankan di dalam Dewan Bedah di bawah bius am atau di klinik dengan ubat sedasi.

c)         Kes-kes yang memerlukan pembedahan dalam mulut seperti pembedahan gigi terimpak, gigi supernumerari (gigi berlebihan), Apisektomi, biopsi, pengurusan lesi tisu keras dan lembut

 

 



Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2021 | 16 Muharram 1443H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768