RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Pediatrik

Jabatan Pediatrik

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan Pediatrik ditubuhkan pada 1994 bersamaan dengan tahun hospital mula beroperasi. Terdiri daripada :-

  • Wad Pediatrik (Wad 1 dan Wad 2)
  • Wad Rawatan Khas Bayi (SCN)
  • Wad rawatan rapi bayi (NICU)
  • Klinik Pakar Pediatrik

 

OBJEKTIF

 

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik,kuratif dan rehabilitasi ke tahap optima kepada pesakit yang memerlukan rawatan yang berkaitan
  • Memastikan pendidikan yang berterusan untuk pegawai-pegawai perubatan dan paramedik bagi mengukuhkan kualiti perkhidmatan rawatan serta aktiviti-aktiviti QA dan penyelidikan berterusan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

NICU (unit rawatan rapi neonatal)

Pada masa ini mempunyai kapaciti 4 katil dengan 4 mesin bantuan pernafasan (ventilator) yang boleh digunakan pada satu masa. Seperti yang dibincangkan pada “Disaster Contingency Plan” di Institute Pediatriks pada 9/12/2010, NICU ini mempunyai kemampuan untuk menampung 8 katil ventilasi jika perlu (staf dan alatan akan dibekalkan). Rawatan yang disediakan :-

  1. Memberi rawatan kepada bayi yang memerlukan rawatan rapi terutama yang menggunakan mesin ventilasi ( invasive & non invasive ) & pemantauan yang rapi
  2. Perkhidmatan ini juga dilanjutkan kepada kanak-kanak yang tenat yang berat badan < 5 kg

 

SCN (special care nursery) :

Berkemampuan mengendalikan 12 incubator & 22 buah kot

  • Mengendalikan kes yang memerlukan rawatan rapi tetapi lebih stabil.
  • Memberikan rawatan “Transitional care” kepada bayi yang stabil dari unit rawatan rapi neonatal „Wad ini mengandungi inkubator dan kot bergantung kepada tahap kesihatan bayi
  • SCN juga mempunyai 2 bilik isolasi yang dikhaskan untuk bayi /kanak-kanak <5 kg yang mengalami penyakit yang mempunyai risiko untuk berjangkit

 

 

Wad Pediatrik (Wad 1)

Wad 1 adalah wad kanak-kanak multidisiplin. Wad ini mengendalikan kes-kes “Paeds Medikal” dan juga “Paeds Surgical/Ortho”. Antara rawatan yang disediakan :-

  • Menyediakan rawatan untuk bayi berumur kurang dari sebulan yang mengidap jaundis- kapaciti rawatan phototherapy adalah sebanyak 12 kot .Untuk memastikan “bonding” diantara ibu dan bayi tidak terjejas, 10 katil ibu ada disediakan .
  • Menyediakan servis untuk bayi dengan ibu yang masih memerlukan rawatan di wad seperti O&G ,ICU dan sebagainya . Servis yang diberikan terdiri daripada rawatan pototerapi , “observational care” dan sebagainya untuk bayi-bayi yang mengalami masalah Hypoglycaemia, Presumed sepsis etc. Pada masa ini kapaciti untuk menampung servis ini adalah sebanyak 3 kot sahaja disebabkkan kekurangan staf dan bilik “ observation” yang berdekatan dengan kaunter untuk pemantauan berterusan.
  • Menyediakan rawatan untuk kanak-kanak yang mengihdapi Acute Gastroenteritis. Kemampuan kubikel ini adalah sebanyak 8 katil. Jumlah katil yang disediakan sebelum ini adalah 6, dan angka ini terpaksa dinaikkan kerana penambahan jumlah pesakit.
  • Kubikel pembedahan kanak-kanak yang menyediakkan rawatan pre &post OP care. Kes-Kes kebakaran kanak-kanak juga dikendalikan oleh Jabatan Pembedahan di Wad ini
  • Kubikel Ortopedik kanak-kanak yang menyediakkan rawatan pre &post OP care.
  • Perkhidmatan rawatan harian:
    • Transfusi darah bagi kes thalasemia yang disediakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (kapaciti 5-6 pesakit )
    • Pengambilan darah bagi bayi jaundis setiap hari
    • Servis untuk Post Op care seperti wound inspection & wound dressing dan sebagainya
  • Wad ini juga menerima kes-kes rujukan dari Jabatan Ortopedik dan Pembedahan, terutamanya kes-kes pra-pembedahan

 

Wad Pediatrik (Wad 2)

Merupakan wad kanak-kanak yang menampung 26 katil ( termasuk 4 bilik pengasingan) dan melibatkan disiplin seperti respiratori , neuromedikal, cardio , nephro dan lain lain kes medikal yang akute atau kronik .

  • Menyediakan kemudahan pemeriksaan, rawatan, penjagaan dan rehabilitasi kepada kanak-kanak yang berumur satu bulan hingga 12 tahun
  • Menyediakan “step down transitional care” untuk pesakit –pesakit pediatrik yang dihantar balik setelah stabil dari unit penjagaan rapi Hospital Alor Star , Hospital Penang dan sebagainya
  • Menyediakan kemudahan pemeriksaan, rawatan dan penempatan sementara bagi mangsa penderaan juga dimasukkan di wad ini sehingga pihak Kebajikan Masyarakat menyelasaikan penyiasatan dan mengenalpasti penjaga atau penempatan yang selamat
  • Memberikan rawatan daycare kepada pesakit hemophilia yang memerlukan suntikan factor 8 atau 9 .Rawatan daycare ini juga disediakkan untuk kanak-kanak yang memerlukkan pemantauan apabila immunisasi MMR diberi (mengalami masalah alahan dan sebagainya).
  • Pengambilan darah untuk pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan susulan Pakar di hospital lain.

 

 

 

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768