RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Patologi

Jabatan Patologi

LATAR BELAKANG  

Perkhidmatan Patologi Hospital Kulim merupakan unit yang memberikan perkhdmatan sokongan klinikal kepada pelanggan yang terdiri daripada wad, unit-unit rawatn rapi, klinik pesakit luar dan klinik kesihatan. Jabatan ini memainkan peranan yang amat penting dalam pendiagnosan penyakit dan membantu Unit Kawalan Infeksi dalam pencegahan jangkitan di peringkat hospital. Perkhidmatan Patologi terdiri daripada pecahan 3 unit utama iaitu :-

  • Unit Kimiahayat (Patologi Kimia)
  • Unit Kajikuman (Mikrobiologi)
  • Unit Hematologi
Waktu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Patologi adalah selama 24 jam dimana selepas waktu pejabat, Juruteknologi Makmal Perubatan akan menjalankan tugas atas panggilan.
 
VISI
Matlamat Jabatan Patologi adalah memberikan servis diagnostik dan transfusi yang unggul lagi berkualiti kepada pesakit yang betul pada masa yang tepat.
 
MISI
Memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan merangkumi amalan pendiagnosan yang menepati syarat piawaian dengan pelaksanaan kerja yang bersistematik, berautomasi, kos efektif dan penjanaan anggota mahir serta mewujudkan komunikasi yang efektif berdasarkan perkembangan teknologi terkini.
 
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan mutu perkhidmtan perubatan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat melalui perkhidmatan Patologi yang berkualiti.
 
 
SKOP PERKHIDMATAN
  • Menjalankan ujian-ujian rutin di makmal Kimiahayat disamping ujian-ujian tertentu seperti FT4, TSH, HbA1C dan lain-lain;
  • Menjalankan ujian berkaitan dengan darah seperti ujian Full Blood Count (FBC) dan ujian Full Blood Picture di Makmal Hematologi;
  • Menjalankan ujian Culture and Sensitivity, Semen Analysis, Serologi, saringan HIV dan Hepatitis di Makmal Kajikuman;
  • Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) ke atas contoh-contoh kes non-Gynae;
  • Ujian-ujian klinikal seperti urine FEME, Blood Film for Malaria Parasite (BFMP), Erythrocytes Sedimentation Rate (ESR) dan lain-lain;
  • Penghantaran ke makmal rujukan bagi spesimen yang tidak dapat dijalankan seperti ujian Hemoglobin Analisis, Bone Marrow analisis, spesimen Histopatologi, slaid FNAC dan lain-lain ujian Biokimia dan Mikrobiologi yang tidak dapat dijalankan oleh jabatan ini.

 

PERJAWATAN

 JAWATAN  GRED BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Pakar Perubatan Kaji Penyakit
UD47-UD54
 1  0  1
 Pegawai Perubatan
 UD43-UD54  6  1  5
 Pegawai Sains (Kimiahayat)
 C44  1  1  0
 Pegawai Sains (Kimiahayat)  C41  1  1  0
 Pegawai Sains (Kajikuman)  C41  2  2  0
 Jururwata Terlatih
 U29  1  1  0
 Juruteknologi Makmal Perubatan
 U36  1  1  0
 Juruteknologi Makmal Perubatan  U32  5  5  0
 Juruteknologi Makmal Perubatan
 U29  20  19  1
 Pembantu Tadbir
 N17  2  2  0
 Attendan Kesihatan
 U12  1  1  0
 Attendan Kesihatan
 U3  4  4  0
 JUMLAH  45  38  7

 

 

 

 
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768