|
Selamat Hari Kemerdekaan - Malaysia Prihatin
Tak perlu tunggu..semak no giliran anda..Hanya klik untuk notifikasi di telefon bimbit anda...baca selanjutnya
Stay Home.Pakai Pelitup Muka Untuk Lindungi Anda |
|
Home / Panduan Pesakit Wad
Panduan Pesakit Ketika Mendapat Rawatan Di Wad
Disertakan beberapa panduan kepada pesakit yang ditahan untuk rawatan di wad :
Sejarah Perubatan 1. Sila bawa segala jenis ubat-ubatan yang diambil semasa rawatan di rumah (diambil dari klinik swasta) untuk rujukan Pegawai Perubatan; 2. Sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan segala jenis alahan; 3. Pastikan anda memberikan keterangan lengkap yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan bagi memudahkan proses mengenalpasti jenis/punca penyakit anda. 4. Pesakit kronik yang bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan perlu membawa bersama ubat-ubatan berkenaan (Cth : Kencing Manis, Darah Tinngi). Keselamatan 1. Keselamatan barangan peribadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Pesakit dinasihatkan untuk tidak membawa barangan berharga ketika ditahan di wad; 2. Pesakit dinasihatkan untuk tidak meninggalkan wad tanpa kebenaran Pegawai Perubatan bertugas bagi mengelakkan jangkitan; 3. Jika terdapat sebarang perubahan kesihatan pada diri anda, maklumkan segera kepada Pegawai Perubatan yang bertugas. Perkara-perkara Lain 1. Sentiasa memakai pakaian khas pesakit di wad; 2. Sentiasa mengikut arahan Pakar/Pegawai Perubatan; 3. Hindarkan diri anda daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan penyakit anda semakin tenat.
Kami di Hospital Kulim akan sentiasa berusaha bagi memastikan kesihatan anda semakin baik. |