|
Selamat Hari Kemerdekaan - Malaysia Prihatin
Tak perlu tunggu..semak no giliran anda..Hanya klik untuk notifikasi di telefon bimbit anda...baca selanjutnya
Stay Home.Pakai Pelitup Muka Untuk Lindungi Anda |
|
Home / Panduan Pelawat
Panduan Kepada Waris/Pelawat Ketika Melawat Pesakit Di Wad Pihak Hospital Kulim sentiasa mengalu-alukan kedatangan waris/pelawat untuk menziarahi pesakit bagi memberikan sokongan moral kepada pesakit. Walaubagaimanapun, laman ini menyertakan beberapa panduan kepada waris/pelawat ketika membuat lawatan agar tidak mengganggu urusan rawatan pesakit :- 1. Pastikan anda mematuhi masa lawatan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Hospital Kulim; 2. Pastikan waris/pelawat meletak kenderaan pada tempat letak kenderaan yang telah disediakan untuk pelawat. Anda dilarang sama sekali meletak kenderaan pada laluan ambulan agar tidak mengganggu tika terjadinya kecemasan; 3. Dilarang merokok di dalam kawasan hospital; 4. Anda tidak digalakkan membawa anak-anak kecil bagi mengelakkan jangkitan; 5. Tidak membuat bising ketika di dalam wad; 6. Tidak dibenarkan makan@minum di dalam wad; 7. Tidak mengganggu pesakit-pesakit lain; 8. Memantau/mengawal pergerakan anak-anak kecil agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini;
9. Tidak merosakkan kemudahan awam yang disediakan di Hospital Kulim; dan 10. Sentiada mematuhi arahan Pengawal Keselamatan Hospital Kulim.
Waktu Melawat Hospital Kulim 12.30 T/Hari - 2.00 petang 4.30 petang - 7.00 petang
Setiap hari termasuk cuti umum Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. |