|
Selamat Hari Kemerdekaan - Malaysia Prihatin
Tak perlu tunggu..semak no giliran anda..Hanya klik untuk notifikasi di telefon bimbit anda...baca selanjutnya
Stay Home.Pakai Pelitup Muka Untuk Lindungi Anda |
|
Home / Panduan Discaj
Panduan Pesakit Ketika Discaj Dari Wad Laman ini turut menyediakan panduan kepada pesakit ketika didiscaj dari wad :- 1. Setelah anda disahkan oleh Pegawai Perubatan untuk didiscaj, sila kemaskan barangan anda dan pastikan anda tidak meninggalkan barangan berharga anda; 2. Anda akan diberikan senarai bil yang perlu dijelaskan. Selesaikan segala bil yang berkenaan di Unit Hasil. Pastikan anda diberi wang baki jika ada beserta resit bayaran; 3. Sekembali ke wad, serahkan resit bayaran kepada kerani bertugas; 4. Anda turut diberi preskripsi ubat jika perlu dan sila ke Jabatan Farmasi Hospital Kulim bagi mendapatkan bekalan ubat anda;
5. Pastikan waris hadir untuk melaksanakan segala proses diatas bagi pesakit yang berusia/uzur atau melahirkan anak; 6. Tukar pakaian khas pesakit dan pastikan branula (jarum) ditangan anda dikeluarkan; 7. Ketika meninggalkan wad, pastikan anda diberikan Discharge Note, Resit Bayaran, MC jika perlu, ubat-ubatan dan Kad Rawatan Susulan jika perlu; 8. Sila patuhi tarikh temujanji pada Kad Rawatan Susulan; dan 9. Sila pastikan anda datang segera ke hospital untuk rawatan sekiranya penyakit anda berulang.
|