RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / PPC

Penjagaan Pra Kehamilan

Apakah Penjagaan Pra Kehamilan

Penjagaan kesihantan untuk wanita di usia reproduktif sebelum setiap kehamilan. Tujuan penjagan pra kehamilan adalah untuk :

  • Promosi dan pendidikan kesihatan;
  • Menyaring/mengesan faktor risiko;
  • Menjalankan intervensi risiko yang dikenalpasti;
  • Mengoptimakan kawalan penyakit sebelum kehamilan; dan
  • Memastikan kehamilanterancang.

Mengapa Perlu Penjagaan Pra Kehamilan

  • Memastikan wanita berada pada tahap kesihatan yang optima sebelum hamil;
  • Mengesan dan merawat masalah perubatan yang boleh mendatangkan bahaya semasa hamil seperti hipertensi, diabetes, epilepsi (sawan), penyakit mental dan lain-lain;
  • Mengenalpasti risiko penyakit genetik dari sejarah kesihatan lalu, sejarah keluarga, kecatatan bayi dan sebagainya; dan
  • Memberi maklumat berkaitan pemakanan, berat badan, merokok, penagihan, kesihatan pekerjaan dan lain-lain yang meletakkan wanita dalam risiko semasa hamil.

Siapakah Kumpulan Sasar Untuk Penjagaan Pra Kehamilan

  • Wanita berusia reproduktif (15-55 tahun) dengan masalah perubatan;
  • Wanita berkahwin yang merancang untuk hamil;
  • Wanita berumur lebih 35 tahun yang merancang untuk hamil;
  • Wanita berumur kurang dari 18 tahun yang merancang untuk hamil;
  • Ibu yang bayinya mengalami kecacatan (inherited abnormalities); dan
  • Ibu dengan sejarah keguguran berulang atau lahir mati untuk kaunseling sebelum kehamilan seterusnya.

Apakah Penyakit-Penyakit Yang Perlu Dirawat Sebelum Hamil?

  • Diabetes
    • Risiko kecacatan bayi, keguguran dan kematiaan bayi
  • Hipertensi
    • Meningkatkan risiko komplikasi kehamilan seperti masalah gangguan pertumbuhan janin, pre eclampsia, kegagalan buah pinggang dan strok
  • Penyakit Tiroid
    • Risiko keguguran, gangguan pertumbuhan janin
  • Penyakit Buah Pinggang
    • Risiko hipertensi teruk, pre eclampsia, kegagalan fungsi buah pinggang, keguguran dan kelahiran pra matang
  • Epilepsi (Sawan)
    • Terdapat ubat anti epilepsi yang boleh menyebabkan kecatatan bayi. Ubat tersebut perlu ditukar kepada jenis yang lebih selamat
  • Penyakit Jantung
    • Kematian ibu
  • Penyakit Mental
    • Penjagaan diri dan anak yang terabai
  • Anaemia (Kepucatan)
    • Kelahiran pra matang, kurang beratlahir dan pendarahan

Bagaimana Penjagaan Pra Kehamilan Boleh Mengatasi Komplikasi

  • Pemberian Asid Folik untuk mencegah kecacatan tiub neutral (NTD);
  • Vaksinasi rubella untuk mencegah sindrom kongenital rubella (Kecacatan bayi);
  • Mengesan dan merawat masalah perubatan yang sedia ada bagi mencegah komplikasi kepada ibu dan bayi;
  • Membuat saringan atau ujian tertentu bagi mengenalpasti punca keguguran, lahir mati atau kelahiran pra matang yang berulang; dan
  • Membantu kearah mengamalkan gaya hidup untuk kekal sihat sebelum hamil dengan :
    • Kaunseling berhenti merokok;
    • Mengelak dari pengambilan alkohol, dadah dan sebagainya;
    • Mengamalkan pemakanan sihat; dan
    • Menjauh/mengelak dari pendedahan kepada bahan-bahan yang merbahaya di tempat kerja dan lain-lain.

Apakah Aktiviti Yang Dijalankan Di Perkhidmatan Penjagaan Pra Kehamilan

  • Kaunseling;
  • Diagnosa penyakit;
  • Saringan penyakit (Screening);
  • Rawatan;
  • Pendidikan kesihatan;
  • Rujukan kepada  kepakaran tertentu untuk tindakan lanjut; dan
  • Perancangan keluarga.

Sila hubungi Klinik Pakar 1 (O&G) di talian 04-4272733 ext 3256 atau datang sendiri ke Klinik untuk lebih informasi.

 

Anda Boleh Mendapatkan Perkhidmatan Penjagaan Pra Kehamilan Di Semua Klinik Kesihatan Dan Hospital Kerajaan

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768