RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Ortopedik

Jabatan Ortopedik

 

LATAR BELAKANG 

Dalam tahun 2001 Pakar Ortopedik dari Hospital Sungai Petani, melawat 2 kali dalam sebulan. Beberapa pembedahan Ortopedik telah di buat di Hospital Kulim. Bagi kes-kes yang berkomplikasi terpaksa dirujuk ke Pakar Ortopedik di Hospital Sungai.Petani atau Hospital Alor Setar.
 
Bilangan pesakit meningkat dari setahun ke setahun dianggarkan pada purata 5% sehingga tahun 2008. Jumlah pesakit telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara bermula pada tahun 2003 berbanding tiga tahun sebelumnya.
 
Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan jumlah penduduk yang semakin ketara akibat wujudnya taman-taman perumahan dan infastruktur yang semakin baik. Akibat pembangunan yang pesat disekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Selain dari itu jumlah kenderaan juga meningkat menyebabkan kemalangan dan kecederaan bertambah setiap hari.
 
Sekarang Jabatan ini mempunyai seorang Pakar Bedah Ortopedik U53 bertugas secara kontrak (foreigner), Seorang Pakar Ortopedik UD54, 13 orang Pegawai Perubatan UD44, seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan 4 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang mempunyai kursus „Pos Basik‟ mengendalikan kes-kes Ortopedik.
  • Wad Ortopedik pesakit lelaki adalah Wad 4, yang memulakan operasi pada bulan Julai 2004.
  • Wad Ortopedik pesakit perempuan ialah Wad 6 ( berkongsi wad dengan wad pembedahan).
  • Wad Ortopedik pesakit kanak-kanak ialah Wad 1 ( berkongsi wad dengan pesakit kanak-kanak yang lain).

 

OBJEKTIF

  • Memastikan semua pesakit menerima rawatan yang tepat, cepat dan berkualiti.
  • Memastikan rawatan kecemasan diberikan untuk pesakit yang cedera parah dalam masa yang singkat.
  • Memberi rawatan kepakaran kepada semua pesakit dalam dan pesakit luar yang datang ke Hospital Kulim.
  • Memberi rawatan susulan kepada pesakit pesakit yang memerlukan dengan temujanji.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Rawatan pesakit dalam.
  2. Rawatan pesakit luar di Klinik Pakar 5-Rawatan Susulan, Pemeriksaan Luka (WI) dan Klinik Trauma(Rabu)
  3. Pembedahan Ortopedik (Trauma)
  4. Pembedahan Artroscopi, (Sport Injury) – sehingga tahun 2004 sahaja dan kini di kendalikan oleh Pakar
    Perubatan Sukan ACMS.
  5. Pembedahan Spine (Tulang Belakang)
  6. Pembedahan Artroplasti
  7. Rawatan kecemasan.
  8. Kaunseling dan khidmat nasihat kepakaran.
  9. Rawatan 'Plaster‟ (Bilik Prosidur Ortopedik) di Klinik Pakar 5.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama  :  Miss Muspirah
 Jawatan  :  
 No Telefon
 :  
 Email  :  

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768