RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan Oftalmologi Hospital Kulim merupakan sebuah jabatan berpakar khusus untuk menjaga kesihatan mata yang baru ditubuhkan pada Jun 2013. Sebelum ini hanya Unit Optomeri yang beroperasi di hospital ini sejak Januari 2007, dan menerima kunjungan pakar mata setiap bulandari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Jabatan ini ditubuhkan kerana permintaan terhadap perkhidmatan rawatan mata yang semakin bertambah di daerah Kulim. Selain itu, jabatan ini juga menawarkan ujian saringan penglihatan kepada pesakit-pesakit di daerah Kulim dan dari kawasan berhampiran seperti Bandar Baharu dan Serdang.

 

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan klinikal yang cemerlang kepada pesakit, dan berusaha untuk memperbaiki daya penglihatan pesakit.
  • Memainkan peranan yang penting dalam melatih staf-staf di jabatan oftalmologi dengan member ceramah kesihatan serta latihan professional secara berterusan.
  • Mengambil bahagian dalam mengumpul data-data klinikal yang penting dalam laporan tahunan dan sebagai sumber kajian kelak.
  • Menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak di pusat-pusat kesihatan primer supaya dapat membantu dalam usaha saringan mata, rawatan mata dan pencegahan kes kebutaan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan Oftalmologi memberi perkhidmatan seperti:

  1. Memberi rawatan kepada kes-kes kecemasan yang dirujuk dari jabatan kecemasan mahupunk linik-klinik kesihatan yang berhampiran; terutamanya kes-kes infeksi dan kemalangan yang melibatkan mata.
  2. Membuat ujian saringan kepada pesakit-pesakit diabetis dan memberi rawatan susulan kepada kes-kes diabetic retinopathy seperti perkhidmatan laser. Merujuk kes-kes diabetic retinopathy yang mengalami komplikasi ke hospital-hospital lain.
  3. Membuat ujian saringan dan rawatan lanjutan kepada kes-kes glaucoma; serta membuat rujukan kepada hospital tertiary sekiranya kes-kes glaucoma tersebut memerlukan pembedahan.
  4. Membuat ujian saringan katarak terutamanya kepada pesakit-pesakit berumur dan menawarkan pembedahan katarak kepada pesakit. (Pembedahan katarak akan bermula pada Februari 2014).
  5. Membuat ujian saringan Retinopathy Of Prematurity kepada bayi-bayi yang dilahirkan pra-matang.
  6. Memeriksa pesakit-pesakit yang mengalami masalah refraksi mata seperti amblyopia dan lain-lain.
  7. Memeriksa pesakit-pesakit yang mengalami ke julingan mata serta membuat rujukan kepada hospital tertiary untuk pembedahan memperbaiki juling.
  8. Membuat ujian saringan dan rawatan susulan dalam kes-kes tuberculosis.
  9. Memeriksa pesakit-pesakit yang mengalami masalah rabun warna.
  10. Membuat saringan penglihatan dan penglihatan warna bagi ujian memandu JPJ

 

Unit Optometri yang beroperasi dibawah Jabatan Oftalmologi member perkhidmatan khusus kepada:

  1. Pemeriksaan tahap penglihatan dan ujian refraksi
  2. Pemeriksaan fundus (fundus camera) untuk kes saringan diabetic.
  3. Pengukuran tekanan intraokular (IOP).
  4. Perkhidmatan kanta sentuh teraputik seperti RGP dan keratoconus lens.
  5. Perkhidmatan penglihatan terhad (Low Vision).
  6. Perkhidmatan penglihatan binocular dan orthoptic.
  7. Pemeriksaan fungsi penglihatan seperti penglihatan warna dan stereopsis.
  8. Menjalankan pemeriksaan luas pandangan (Humphrey Visual Field test).
  9. Menjalankan pemeriksaan keratometri dan A-scan kepada pesakit katarak sebelum menjalani pembedahan.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama  :  
 Jawatan  :  
 No Telefon
 :  
 Email  :  

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768