RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / O&G

Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) merangkumi:

  • Pejabat Pakar O&G terletak di tingkat atas blok pentadbiran.
  • Dewan Bersalin terletak di tingkat atas bersebelahan dengan “Special Care Nursery”(SCN/Wad 12)dan berhadapan dengan Dewan Bedah
  • Wad Ante-Natal (Wad 9)
  • Wad Post Natal dan Sakit Puan (Wad 10)
  • Klinik O&G (Pakar 1)terletak di tingkat bawah berkongsi tempat dengan Unit Farmasi dan berhadapan dengan Unit Patologi dan Unit Fisioterapi.

 

OBJEKTIF

 

  • Memberi perkhidmatan penjagaan ante-natal dan post-natal yang bermutu tinggi kepada ibu-ibu hamil supaya komplikasi dapat dielakkan atau di atasi agar kelahiran berlaku dalam keadaan yang selamat dan pemulihan yang awal dan maksima dapat dicapai bagi ibu dan anak
  • Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit dan rawatan yang bermutu tinggi di dalam bidang perbidanan dan sakit puan supaya kesakitan dan komplikasi dapat diatasi dan pemulihan yang awal pada tahap maksima dapat dicapai

 

SKOP PERKHIDMATAN

Ante Natal (wad 9) :-

  1. Menerima pesakit baru yang telah discreening dari Dewan Bersalin.
  2. Menyediakan pesakit untuk pembedahan elektif dan pembedahan kes-kes kecemasan.
  3. Mengiring pesakit untuk scan sama ada dalam hospital atau ke hospital lain.
  4. Menghantar pesakit ke hospital lain untuk rawatan lanjut seperti ke Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Sultanah Bahiyah atau Hospital Kuala Lumpur.
  5. Membuat discaj dan temujanji rawatan ulangan.
  6. Melaksanakan baby friendly dan memberi pendidikan kesihatan mengenai penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran dan yang telah bersalin.
  7. Mengiring pesakit yang ada masalah luar biasa untuk temujanji dengan klinik pakar lain.
  8. Melakukan CTG, BSP dan memberi suntikan Inferon dan Dexamethasone untuk pesakit luar.

 

Wad Post Natal / Gynae (wad10)

  • Mengendalikan kes untuk pembedahan seperti kegugaran, Ectopic Pregnancy,Fibroid dan lain.
  • Mengiringi pesakit untuk scan samada dalam hospital atau ke hospital lain seperti Hospital Sultan Abdul Halima tau Hospital Sultanah Bahiyah.
  • Melaksanakan (Baby Friendly) dengan member pendidikan kesihatan dan kepentingan susu ibu keapada ibu-ibu yang telah bersalin.
  • Mengiringi pesakit yang ada masalah luar biasa untuk temu janji dengan klinik pakar lain.
  • Membuat discaj dan temujanji rawatan ulangan.
  • Member suntikan BCG kepada bayi dibahagian postnatal.
  • Bertanggungjawab terhadap ibu dan anak dalam penjagaan lepas bersalin.
  • Menerima kes-kes bersalin dari Dewan Bersalin dan menerima kes-kes Gynae yang baru dari Jabatan Pesakit Luar dan Klinik.

Wad Gynae dan Postnatal ditempatkan dalam satu wad yang mempunyai 28 buah katil, 2 kubikal di bahagian hadapan diguna untuk pesakit gynae, manakala 2 lagi kubikal di bahagian belakang untuk pesakit postnatal. Sekiranya pesakit postnatal bertambah maka katil di bahagian gynae akan diguna untuk kes-kes postnatal, begitulah sebaliknya jika kes gynae bertambah, katil di bahagian postnatal akan digunakan untuk kes-kes gynae.

 

Dewan Bersalin

  • Menerima pesakit baru yang masuk untuk bersalin.
  • Menjalankan aktiviti screening untuk pesakit luar, Scan dan CTG.
  • Mengambil kes-kes panggilan dari luar kawasan hospital bila mendapat panggilan selepas waktu pejabat.
  • Memberi perawatan kecemasan seperti dalam kes „Red Alert‟.
  • Menyambut kelahiran biasa dan membantu Pegawai Perubatan dalam menjalankan tatacara khas seperti Forcep Delivery atau Vacuum Delivery.
  • Menjahit luka kekoyakan dan episiotomy.
  • Persediaan pembedahan kecemasan ( Caesarean Section ) untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah dan tidak boleh bersalin secara normal.
  • Menghantar ibu ke bilik pembedahan dengan segera.
  • Mengiringi pesakit ke hospital lain jika dirujuk seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pulau Pinang dan lain-lain jika perlu.
  • Merawat ibu-ibu yang berisiko tinggi seperti Eclampsia, Severe pre Eclampsia, post operation (Caesarean) yang ada komplikasi sehingga keadaan pesakit stabil.
  • Memberi pendidikan kesihatan terutamanya tentang penyusuan susu ibu dan tunjuk ajar tentang cara-cara memulakan penyusuan yang betul sebelum ibu dihantar ke wad post-natal.
  • Mengiringi pesakit dan bayi ke post natal wad selepas 1 jam berada di bilik bersalin jika tiada apa-apa masalah pada ibu atau bayi.
  • Memberi Perkhidmatan “Husband Friendly” sepenuhnya.
  • Meneruskan aktiviti „Baby Friendly‟.
  • Memberi tunjuk ajar kepada jururawat pelatih.

 

Klinik Pakar 1

  • Waktu operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang ( Ahad – Rabu ) kecuali Khamis 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
  • Memberi perkhidmatan kepada semua pesakit yang dirujuk dari hospital, klinik kesihatan, hospital swasta, dan klinik swasta.
  • Anggota di klinik ini akan menjalankan tugas mengikut assignment masing-masing yang telah diberi oleh Ketua Jururawat. Jadual tugas dan assignment akan dilakukan 2 minggu sekali mengikut waktu pejabat dan keperluan. Cuti rehat dan kursus-kursus akan diberi mengikut giliran.
  • Giliran on-call di buat pada hari cuti untuk membuat prosedur IUI pada hari yang di jadualkan termasuk prosedur Colposcopy pada hari Rabu.
  • Pesakit yang datang ke klinik akan di bantu dari segi pengambilan specimen seperti Pap Smear, HVS dan pengambilan tanda-tanda vital termasuk pemeriksaan urin.
  • Pendidikan Kesihatan di beri oleh staf Klinik Pakar 1 untuk setiap hari Khamis sesi Antenatal. Jumlah pesakit di hadkan kepada 10 ke 15 orang setiap sesi.
  • Membuat prosedur khas untuk pesakit seperti ECG dan CTG kepada pesakit mengikut arahan doctor.
  • Mengendalikan Morning Prayer unit O&G setiap Ahad dan Video Show oleh Supplier setiap bulan hari Rabu.
  • Memberi suntikan Rhogam, I/M Gonal F dan I/M Dexa kepada pesakit.
  • Memberi suntikan BCG kepada bayi baru lahir oleh Jururawat Masyarakat U24 setiap hari bekerja.
  • Melakukan pemeriksaan rutin postnatal 20 hari selepas bersalin bagi ibu yang terpaksa menunggu bayi di rawat di wad oleh Jururawat Masyarakat U24.
  • Membuat saringan Pre Pregnancy Care kepada pelanggan yang datang ke Klinik Pakar 1 dan menerima rujukan pelanggan dari Klinik Pakar yang lain untuk semua kes berisiko.
  • Membuat census bulanan bagi semua aktiviti klinik termasuk pap Smear, PPC dan BCG.
  • Membuat kajian tetap bagi Unit Kualiti iaitu Kajian Masa Menunggu setiap bulan, Kajian Kepuasan Pelanggan dua kali setahun dan Kajian Piagam Pelanggan setiap tahun.
  • Menganjurkan semua Kursus Jabatan O&G setiap tahun dengan merancang modal insan untuk di hantar ke Unit Latihan setiap tahun.

 


 

 

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768