RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 3 tahun (26 Jun 2020 - 28 Jun 2023), Pensijilan HACCP untuk tempoh 3 tahun (29 Jun 2022 hingga 28 Jun 2023) dan Pensijilan MeSti untuk tempoh 3 tahun (29 Julai 2020 - 28 Jun 2023)
Home / Minggu kesedaran Derma Organ
Hospital Kulim telah mengadakan Sambutan Minggu Kesederan Pendermaan Organ Peringkat Hospital dengan tema Derma Organ-Cakna Demi Kehidupan di Kulim Landmark Central pada Sabtu 13 Ogos 2022. Untuk makluman program ini dilancarkan secara serentak oleh semua Hospital di Negeri Kedah anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Program ini turut mendapat sentuhan unik dengan pelbagai aktiviti kreatif bagi menarik masyarakat di Daerah Kulim dan Bandar Baharu berkenaan kepentingan pendermaan organ di Malaysia.
Antara program menarik meliputi aktiviti Mass CPR, Kuiz KAHOOT, Ceramah “Jom...Nak Derma Organ Tak Korang?” dan aktiviti senam aerobik bersama peserta dan orang awam. Antara tujuan utama sambutan ini adalah untuk memantapkan dan menjenamakan semula terma Pendermaan Organ kepada masyarakat dan menambah bilangan pengikrar demi membantu golongan yang memerlukan organ di seluruh Malaysia.
Untuk informasi jumlah sehingga bulan Jun 2022, hanya 1.5% daripada keseluruhan rakyat Malaysia telah berikrar menderma organ selepas kematian. Terkini seramai 10 ribu pesakit tersenarai dalam daftar senarai pemindahan organ, dan kebanyakannya terdiri daripada pesakit buah pinggang, manakala lain adalah hati, jantung dan paru-paru. Peratusan pengikrar adalah sangat sedikit untuk memenuhi keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan organ.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada TOP team sebagai urusetia perdana program, Dr Azmi bin Abu Hassan, Ketua Jabatan Anaestesiologi, Dr Tinagaran Boghan selaku Penyelaras TOP team barisan urusetia dari TOP team, Unit Kejururawatan dan Penyeliaan, serta peserta dan seterusnya penduduk di Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Turut berkolaberasi secara tidak langsung dalam menyemarakkan sambutan adalah team dari Bank Muamalat Cawangan Kulim, MEGA Farmasi Kulim, dan McDonlands Kulim.
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr Mithali binti Abdullah, Pengarah Hospital Kulim kerana sudi meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Hospital Kulim.
Bagi anda yang ingin menjadi Pengikrar sebagai Penderma Organ anda masih boleh berikrar dengan walk-in atau menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.

Satu Ikrar, Sejuta Harapan !!!
Jom Ikrar Derma Organ !!!
 

 1 2  3 
 4  5  5
 6  7  8
 9  10  11
 12  14  16
 17  9  25


Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 14 September 2022 | 17 Safar 1444 H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768