![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() Kempen Derma Darah (18 April 2018 - 22 April 2018)Klik sini...Jadual terkini bagi lokasi dan masa ![]() Anda Berisiko Jika HamilKlinik PPC (Pre-Pregnancy Care) Hospital Kulim mengalu-alukan anda untuk pemeriksaan. Hubungi KJ Rosmina Binti Hanafi(ext:3256) untuk temujanji. Baca Selanjutnya. ![]() Klinik Berhenti Merokok Hospital KulimDatang sendiri ke Pusat Promosi Pendidikan Pesakit, Hospital Kulim pada hari Rabu,2.00-5.00 ptg @ hubungi Pn. Nor Hasliza Binti YusoFf (ext:3503) untuk temujanji. ![]() Cegah Kanser Servik melalui Pelalian HPVAdakah anak anda sudah mengambil suntikan pelalian HPV...baca selanjutnya |
Home / Latar Belakang
LATAR BELAKANG
Hospital Kulim telah mula beroperasi di Pekan Kulim (Jalan Hospital Lama) semenjak tahun 1912. Pada awal tahun 1990 pembinaan hospital baru telah dimulakan bagi menempatkan hospital ke tapak yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pusat Bandar Kulim. Hospital Kulim yang baru, telah siap dibina pada tahun 1994 berkonsepkan Hospital Nukleus (Rujuk latar belakang Hospital Nukleus) di atas tanah seluas 25 hektar dan mula beroperasi pada bulan September 1994. Sungguhpun Hospital baru Kulim berpindah ke tapak baru tetapi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD) masih dikekalkan di hospital lama. Jabatan Pesakit Luar telah diserahkan kepada Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Kulim pada 1 Jan 1998. Wad-wad lama Hospital Kulim telah diubahsuai menjadi Sekolah Latihan Jururawat Masyarakat Kulim dan mula beroperasi pada 1 Julai 1996. Hospital Kulim telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu Tasimu Billahi Mahibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sulatan Badlishah pada 3 Jun 1996. Sasaran pelanggannya adalah penduduk di Daerah Kulim, Daerah Bandar Baru, Daerah Seberang Perai Tengah dan Selatan juga sebahagian penduduk dari Daerah Baling. Kepadatan penduduk Daerah Kulim dan Bandar Baru adalah seramai 242.2 ribu orang (Jumlah penduduk Daerah Bandar Baru adalah 45.2 ribu orang). Pekerjaan utama penduduk di daerah ini adalah peniaga kecil, pekerja kilang, penoreh getah, petani, kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan terbinanya hospital baru ini memberi rahmat yang besar kepada mereka. Pada tahun 2007 Hospital Kulim telah membuka sebuah Wad CCU dengan memuatkan 3 buah katil dan pada tahun 2008 Wad NICU dengan 4 buah katil telah dibuka. Sebagai salah satu aspek yang perlu ditekankan bagi menghadapi wabak Influenza, 3 katil ICU telah ditambah pada tahun 2010 menjadikan jumlah keseluruhannya 7 buah. Sehingga kini, Hospital Kulim mempunyai 14 wad dengan 314 buah katil. Komposisi bilangan katil di wad adalah seperti berikut :
Hospital Kulim pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Hospital Daerah Tanpa Pakar. Perkhidmatan Pakar hanya dimulakan pada tahun 1996 iaitu bagi Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik dan kemudiannya diikuti dengan 4 Kepakaran iaitu Bius, Perubatan, Pembedahan dan Ortopedik. Pada bulan April 2009, Pakar Perubatan Kecemasan & Trauma telah memulakan tugas di hospital ini. Hospital Kulim memulakan program Latihan Siswazah pada penghujung tahun 2008. Sehingga Mei 2013, seramai 183 orang pelatih perubatan siswazah telah menjalankan latihan di hospital ini. Hospital Kulim juga merupakan antara fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan latihan amali untuk pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA). Antara program latihan yang disediakan adalah dalam bidang kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Jurupulih Cara Kerja dan Makmal Perubatan. Klik SINI untuk maklumat lanjut.
|