RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Keselamatan

Unit Keselamatan

 

LATAR BELAKANG 

Unit Keselamatan Hospital Kulim ditubuhkan pada 08 Julai 2009 di bawah Bahagian Pentadbiran, Hospital Kulim. Sehingga kini, enam (6) jawatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah diisi sepenuhnya termasuk seorang Ketua Unit Keselamatan.
Pejabat Unit Keselamatan ditempatkan di hadapan ruang menunggu orang awam dan mengawal selia perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan iaitu Syarikat Pertiwi Dagang Security Sdn. Bhd. Syarikat tersebut telah dilantik oleh Kerajaan dengan kontrak selama dua (2) tahun bermula 01 Jun 2012 hingga 01 Jun 2014.

 

OBJEKTIF

  • Membantu pengurusan Hospital Kulim melaksanakan pengurusan keselamatan perlindungan bagi mencapai misinya dengan lebih berkesan dan cekap selaras dengan kehendak KKM.
  • Membantu pengurusan Hospital Kulim melaksanakan pemantauan ke atas syarikat kawalan keselamatan yang dilantik agar tidak melanggar syarat kontrak yang ditetapkan.
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan berkenaan Keselamatan Perlindungan dari sudut Fizikal, Dokumen dan Peribadi.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Membantu dalam menguruskan prosedur dan pelaksanakan aspek-aspek keselamatan fizikal,dokumen dan peribadi di Hospital Kulim serta memastikan ianya dalam keadaan terurus, betul dan teratur.
  • Membantu memastikan syarikat kawalan keselamatan swasta melaksanakan tugas-tugas dan prosedur yang telah dipersetujui, memantau sebarang perlanggaran kontrak, memperuntukan anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi / pos keselamatan yang perlu diawasi.
  • Menyelia dan menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas Jabatan/Wad/Unit, membuat laporan, mencadangkan syor-syor dan input-input berkaitan penambahbaikan keselamatan serta membantu memastikan peraturan keselamatan fizikal, dokumen serta peribadi dipatuhi untuk dilaksanakan di Jabatan/Wad/Unit.
  • Membantu mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapkan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan Hospital Kulim.
  • Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Membantu mensyorkan tindakan yang sepatutnya bagi perbuatan-perbuatan perlanggaran keselamatan dan melaporkan kepada pengurusan Hospital Kulim dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
  • Menyelaraskan sebarang urusan-urasan berkaitan keselamatan dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, PERHILITAN dan lain-lain berkaitan;
  • Membantu menguruskan hal-hal berkaitan personel keselamatan;
  • Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atas.

 

PERJAWATAN

JAWATAN
GRED
BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Penolong Pegawai Keselamatan  KP32  1  1 0
 Pembantu Keselamatan
 KP17  5 5
 0
 JUMLAH  6  6  0

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Nama
 :  En. Dinul Ashar Bin Punding
Jawatan
 :  Pen. Pegawai Keselamatan KP32
No. Telefon
 :  3337
Email
 :  dinulashar@moh.gov.my

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768