RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Kecemasan

Jabatan Kecemasan Dan Trauma

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) ditempatkan dibahagian utara bangunan diaras bawah Hospital Kulim. Jabatan ini beroperasi 24jam setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum. Mula beroperasi pada 1hb. September 1994. Jabatan ini menerima kes-kes kecemasan, kes-kes rujukan daripada Klinik Kesihatan, Klinik Ibu Dan Anak (KIA), Bahagian Kesihatan Awam (CDC), Pengamal Perubatan Swasta dan Klinik PLKN, Jalan Bukit Besar Kulim. Jabatan ini merupakan perkhidmatan kecemasan hadapan Hospital Kulim yang sentiasa beroperasi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

OBJEKTIF

Beroperasi untuk memberi rawatan kecemasan bagi mengurangkan risiko kecederaan serius melalui Perkhidmatan Rawatan Kecemasan Bersistem Triage, Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MECC) - Pre Hospital Care (PHC), menyelaras Perkhidmatan Ambulan Intra Hospital(Intrafasiliti) dan membantu pendaftaran kemasukan pesakit dengan menggunakan Sistem berkomputer HRMIS (Daycare)dan Kemasukan Wad Dan Rawatan Pesakit Warga Asing (SPIKPA) disamping eGL . Mengguna pakai konsep Tepat , Cepat dan Berkesan dengan menjalankan kerjasama serta hubungan rapat sesama anggota (Staf) dan mesra pelanggan dengan orang awam.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

  1. Rawatan Kes Kecemasan Bersistem Triage
  2. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (Call Centre)
  3. Perkhidmatan Pra Hospital
  4. Liputan Perubatan
  5. Perkhidmatan Informasi Pelanggan
  6. Khidmat Nasihat Rawatan – Pendidikan Kesihatan
  7. Perkhidmataan Pusat Khidmat Sepadu (OSCC)
  8. Pendaftaran Masuk Pesakit Dalam – Daycare (Bermula 10.00 malam – 7.00 pagi)
  9. Khidmat Masyarakat - Perkhidmatan Berkhatan
  10. Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP)
  11. Rawatan Kecemasan MDERS (Mass Decontamination Emergency Response System)
  12. Latihan

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768