RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Jabatan Pembedahan

Jabatan Pembedahan

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan Pembedahan Am Hospital Kulim telah ditubuhkan pada tahun 1996.  Jabatan ini telah beroperasi selama 23 tahun.

Jabatan ini diketuai oleh Pakar Perunding Bedah Am, Mr Aminuddin Bin Abdul Rahman dan dibantui oleh tiga Pakar Bedah (Mr Lo Gin Yong, Mr Neeraj Kumar dan Mr Balakumaran) serta  14 pegawai perubatan.

Klinik Pesakit Luar Pembedahan (SOPD) bertapak di Klinik Pakar 2. Klinik ini diuruskan oleh seorang penolong pegawai perubatan Encik Sopian dan dibantui oleh 5 orang jururawat, 3 orang penolong pegawai perubatan serta 2 orang penolong perawatan kesihatan.                                                                                                 

Wad Pembedahan dibahagikan kepada wad 7 (lelaki), Wad 6 (perempuan) dan Wad 1(kanak-kanak). Wad 7 diketuai oleh 2 orang ketua jururawat dan dibantui oleh 21 jururawat terlatih serta 4 orang penolong perawatan kesihatan. Wad 6 diketuai oleh 2 orang ketua jururawat dan dibantui oleh 22 jururawat terlatih sertai 4 orang penolong perawatan kesihatan. Wad 1 diketuai oleh 1 orang ketua jururawat, dan dibantui oleh 13 orang jururawat terlatih, 1 orang jururawat masyarakat dan 4 orang penolong perawatan kesihatan.

 

VISI

Mewujudkan satu Jabatan Pembedahan Am yang memberi perawatan pembedahan yang cemerlang.

MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan mengamalkan profesionalisma, perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan.

OBJEKTIF

1.     Menyediakan perkhidmatan diagnostic dan rawatan yang tepat, cepat and berkualiti.

2.     Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu dan kecekapan supaya memberi rawatan yang berkualiti

3.     Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum. 


PIAGAM PELANGGAN

1.     Wad pembedahan

       a.     Pesakit yang tenat akan dirawat dalam masa 30 minit.

       b.     Pesakit yang stabil akan dirawat dalam masa 90 minit.

2.     Klinik Pembedahan

       a.     Masa menunggu di klinik pembedahan tidak melebihi 90 minit

       b.     Rujukan kes yang cemas akan dilihat pada hari yang sama.

       c.     Rujukan kes yang disyaki kanser akan diberi temujanji dalam 2 minggu.  

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


1.     Rawatan pesakit luar di Klinik Pakar 2

      a.     Klinik Pembedahan Am

      b.     Klinik Payudara

      c.     Klinik Prostat

     d.     Klinik Penjagaan Luka dan Stoma

     e.     Klinik AVF

     f.      Klinik Endoskopi

     g.     Klinik FNAC

2.     Rawatan pesakit dalam di Wad 7, 6 dan 1

3.     Rawatan kecemasan

4.     Rawatan harian

5.     Rawatan chemotherapy

 

JADUAL KLINIK

1.     Ahad            - Klinik Penjagaan Luka dan Stoma, Klinik AVF, Klinik Endoskopi

2.     Isnin            - Pembedahan

3.     Selasa          - Klinik Pembedahan Am, Klinik Payudara, Klinik Prostat, Klinik FNAC

4.     Rabu            - Klinik Pembedahan Am

       5.     Khamis         - Pembedahan 

 

PERJAWATAN 

JAWATAN

GRED

BIL JAWATAN

PERGISIAN

KEKOSONGAN

Pakar Pembedahan

UD52/56

4

4

0

Pegawai Perubatan

UD44/48/52/54

20

19

1

Ketua Jururawat

UD32

5

5

0

Penolong Pegawai Perubatan

UD32

1

1

0

Jururawat Terlatih

UD29/32

57

56

1

Penolong Pegawai Perubatan

UD29

6

3

3

Jururawat Terlatih

UD29

8

5

3

Pembantu Perawatan Kesihatan

UD11/12

16

14

2

Pembantu Tadbir

N19

1

0

1

 PEGAWAI YANG DIHUBUNGI

Nama                 : MOHD FADZIL BIN HAMID

Jawatan  : PENYELIA KLINIK PEMBEDAHAN AM

No. Telefon         : 04-4272733 EXT-3158

Email                 : 1GOVUC\fadzil_hamid.moh 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2021 | 28 Ramadhan 1442H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768