RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Imbasan

 

IMBASAN SEJARAH
HOSPITAL PERTAMA DIBINA DIBAWAH KONSEP NUKLEUS


   Pada 14.7.1990, Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan perletakan batu asas Hospital Daerah Kulim. Hospital ini merupakan hospital pertama dibina di bawah konsep nukleus. Melalui konsep ini, hospital-hospital dapat dibina dengan cepat, lebih mewah dan boleh diperbesar mengikut keperluan. Menurut Perdana Menteri, setiap hospital nukleus menelan kos $90 juta, lengkap dengan segala peralatan perubatan dan keperluan lain. Sebanyak 11 buah hospital akan dibina di bawah konsep yang diambil di Britain ini.

   Kerajaan Britain menyumbangkan 18.5 juta pound kepada kerajaan Malaysia sebagai bantuan kepada projek hospital ini. Hospital-hospital ini akan dibina secara turn-key. Kontraktor yang bertanggungjawab akan menyiapkan segala aspek yang diperlukan oleh hospital itu. Pada peringkat awal, hospital nukleus akan mempunyai sebanyak 314 katil dan boleh ditingkatkan kepada 500 sekiranya ada keperluan. Kontraktor utama projek hospital nukleus ialah Yeoh Ting Lay (TL) Constuction dan Laing International. Berikut pembinaan hospital ini, kerajaan berharap agar perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dapat ditingkatkan.

Sejarah Bandar Kulim
   Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Bandar Kulim merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang yang terletak di bahagian barat. Bandar Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.

Nama Asal "Kulim"
   Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

   Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian.

Sejarah Bandar "Kulim"
   Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim".

   Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British. Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.

   Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering di tubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.

   Diantara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

   Kos Pembiayaan Jam Merdeka Kulim Dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

   Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda atau simbol kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.

   Bandar Kulim yang pada asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an, kini merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim. Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharapkan dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.

   Dipersekitaran Bandar Kulim masih lagi rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakkannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru.

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768