RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Hasil

Unit Hasil

LATAR BELAKANG 

Unit Hasil terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan tempat menunggu atau lobi hospital. Diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N27.

 

OBJEKTIF

Mengendalikan kutipan hasil mengikut Akta Fee ( Perubatan ) 1982 dan Akta Fee ( Perubatan ) Pindaan 2003 dan kutipan balik lain-lain bayaran bukan dibawah Akta Fee bagi Hospital Kulim mengikut Akta Acara Kewangan 1957 dan peraturan-peraturan kewangan semasa. Pungutan yang dibuat adalah mengikut prosidur yang ditetapkan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  •  Membuat kutipan hasil caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit luar ( Klinik Pakar ) dan pesakit dalam menurut Perintah Fee (Perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003.
    ( Caj baru bagi pesakit warga asing ), Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling semasa.
  • Mengeluarkan resit rasmi dan penyata caj rawatan terperinci yang dikenakan kepada pesakit.
  • Menyediakan Lampiran D, permohonan pengecualian bayaran bagi pesakit kelas tiga yang tidak mampu membayar bil hospital.
  • Menerima dan membuat bayaran balik deposit hospital kepada pesakit dalam.
  • Menyedia dan menghantar laporan hasil dan reten bulanan / tahunan:
    • Semua kutipan bayaran bil hospital yang diterima di kaunter hasil.
    • Terimaan caj rawatan pesakit dari unit-unit seperti Unit Fisioterapi, Carakerja, Pusat Rawatan Harian ( Day Care ), Unit Hemodialisis, Klinik-klinik Pakar, bayaran deposit external fixitor dan lain-lain bayaran balik kewangan hospital.
    • Semua urusan kutipan bayaran caj hospital termasuk deposit, bayaran laporan perubatan dan lain-lain selepas waktu pejabat, cuti mingguan dan cuti umum dikutip oleh Bilik Daftar Masuk. Bilik Daftar Masuk beroperasi mulai jam 7.00 am hingga 10.00 pm setiap hari.
    • Terimaan hasil dibankkan setiap hari mengikut Arahan Perbendaharaan. Penyata Pemungut kutipan hasil diproses melalui sistem eTerimaan.

 

PERJAWATAN

 JAWATAN
GRED
BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
 Penolong Pegawai Tadbir  N27  1 1  0
 Pembantu Tadbir
 N22  1 1  0
 Pembantu Tabdir
 N17  5 4
 1
 JUMLAH  7 6
 1

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Nama  :  En Muhammad Nazri Bin Mohd. Hassan
 Jawatan  :  Penolong Pegawai Tadbir N27
 No. Telefon  :  3119
 Email  :  nazrihassan@moh.gov.my

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768