![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() Kempen Derma Darah (18 April 2018 - 22 April 2018)Klik sini...Jadual terkini bagi lokasi dan masa ![]() Anda Berisiko Jika HamilKlinik PPC (Pre-Pregnancy Care) Hospital Kulim mengalu-alukan anda untuk pemeriksaan. Hubungi KJ Rosmina Binti Hanafi(ext:3256) untuk temujanji. Baca Selanjutnya. ![]() Klinik Berhenti Merokok Hospital KulimDatang sendiri ke Pusat Promosi Pendidikan Pesakit, Hospital Kulim pada hari Rabu,2.00-5.00 ptg @ hubungi Pn. Nor Hasliza Binti YusoFf (ext:3503) untuk temujanji. ![]() Cegah Kanser Servik melalui Pelalian HPVAdakah anak anda sudah mengambil suntikan pelalian HPV...baca selanjutnya |
Home / Fungsi ALPH
AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Peranan Dan Tanggungjawab 1. Menjadi Penghubung Antara Hospital Dan Pelanggan/Komuniti
2. Mengadakan Lawatan Ke Hospital
Peraturan-Peraturan Lawatan 1. Seelok-eloknya lawatan hendaklah dibuat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang tuga bulan sekali. 2. Bilangan Ahli Lembaga Pelawat dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan lawatan. 3. Ahli Lembaga Pelawat tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan. 4. Ahli Lembaga Pelawat adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya. 5. Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada semua ahli lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urusetia. 6. Semasa Ahli Lembaga Pelawat membuat lawatan di Hospital, Pengarah atau Timbalan Pengarah, Ketua Jururawat, Penyelia Hospital dan seorang doktor/pakar yang ditentukan oleh Pengarah Hospital hendaklah turut serta. 7. Hasil lawatan hendaklah dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli lembaga Pelawat.
Semasa Lawatan 1. Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat daripasa pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit di wad mengenai :
2. Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana jabatan dan unit dalam hospital termasuk wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.
Tempat-Tempat Yang Tidak Digalakaan Untuk Lawatan
Peringatan 1. Dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang tersebut di atas, Ahli lembaga Pelawat tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran hospital dan rawatan pesakit. 2. Setiap Ahli Lembaga Pelawat tidak boleh membincangkan dengan pesakit tentang selok belok dan teknik rawatan.
Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital Ahli Lembaga Pelawat boleh melibatkan diri dalam aktiviti hospital dan komuniti seperti Kempen Menderma Darah, Kempen Anti Merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga Pelawat juga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina.
|