RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Forensik

Unit Perubatan Forensik

  

LATAR BELAKANG 

Perubatan forensik merupakan cabang perubatan yang terlibat dalam membantu pihak berkuasa di Negara ini dalam menegakkan keadilan yang sewajarnya. Berbanding dengan bidang perubatan yang lain, perubatan forensik merupakan suatu bidang yang unik di mana ianya menggabungkan amalan perundangan dan perubatan, dan matlamat utamanya adalah untuk menegakkan keadilan mengikut peruntukan-peruntukan yang ada di bawah Undang-undang Negara Malaysia. Unit Perubatan Forensik Hospital Kulim telah lama mula beroperasi, semenjak pembukaan Hospital Kulim yang baharu, sekitar tahun 1994.  Skop perkhidmatan di unit Perubatan Forensik Hospital Kulim adalah untuk menyediakan khidmat meliputi patologi forensik, sains forensik dan juga menyediakan perkhidmatan berkaitan rumah mayat (mortuary services).

 

VISI

 Untuk mencapai kecemerlangan dan seterusnya memberi perkhidmatan perubatan forensik yang cekap serta berkesan di Malaysia

 

MISI

 1.  Untuk memastikan penambahbaikan yang berterusan dalam perkhidmatan perubatan forensik serta mempertingkatkan secara strategik kesedaran orang awam melalui budaya kualiti yang berorientasikan mesra pelanggan.

 2.  Untuk berkhidmat pada komuniti menurut peruntukan perundangan Malaysia dan nilai budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

 3.  Untuk membekalkan perkhidmatan perubatan forensik yang selamat dan kompeten melalui warga kerja yang dedikasi dan kemudahan infrastruktur asas yang sewajarnya.


OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perubatan forensik yang berteraskan prinsip asas perubatan dan sains perubatan dalam membantu pihak berkuasa, dalam menegakkan prinsip undang-undang disamping perkhidmatan yang menepati kualiti semasa.


PIAGAM PELANGGAN

 

 1.    Penyerahan jenazah / mayat kepada waris atau keluarga bagi kes kematian biasa (bukan kes medikolegal) diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) jam selepas didaftarkan di Unit Perubatan Forensik (sekiranya ada waris/keluarga yang menuntut pada ketika itu).

 2.     Semua pemeriksaan post mortem (medikolegal) dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari 48 jam setelah arahan post mortem diterima (Borang Pol 61 daripada pihak polis).


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


  1.  Perkhidmatan rumah mayat yang berterusan 24 jam sehari bagi menguruskan kes kematian biasa serta kes kematian medikolegal.

  2.  Menguruskan semua kematian di Hospital Kulim dan kematian dalam kes “bodies brought in dead” (B.I.D) di Hospital Kulim.

  3.  Mengendalikan pemeriksaan post-mortem bila diarahkan/diperlukan dan memberi bantuan bagi sebarang kes kematian mediko-legal di Hospital Kulim.

  4.  Memastikan semua siasatan mediko-legal dijalankan dalam suasana yang selamat, serba lengkap dan tanpa prajudis.

  5.  Memastikan pengurusan bukti-bukti forensik tertaluk kepada pemeliharaan rantaian bahan bukti (chain of custody) dan law of evidence.

 6.  Melakukan pengurusan bencana forensik yang melibatkan kematian akibat sesuatu bencana seperti diarahkan.

 7.  Membantu pihak terlibat di dalam proses pendermaan tisu atau organ kadaverik sekiranya berlaku di Hospital Kulim.

 

 

PERJAWATAN

JAWATAN

GRED

BIL. JAWATAN

PENGISIAN

KEKOSONGAN

Pegawai Perubatan

UD44/48/52

3

3

0

Penolong Pegawai Perubatan

U32

1

1

0

Penolong Pegawai Perubatan

U29

.3

2

1

Pem. Perawatan Kesihatan

U11/14

3

3

0

 

Pegawai Untuk Dihubungi

Nama:        Dr Muhammad Fadhil Bin Shamsudin

Jawatan:    Ketua Unit

No. Telefon (ext): 3292

Email:        m.fadhil@moh.gov.my 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2021 | 28 Ramadhan 1442H

Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768