RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / FAQ

 

Soalan Lazim

 

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?    
  Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.   
     
2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?  
  Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.  
     
3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?  
  Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.  
     
4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?  
  Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.  
     
5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?  
  Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)  
     
6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?  
  Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.  
     
7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?  
  Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina   
     
8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?  
  Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital    
     
9. Bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke kolej kejururawatan?  
  Kelayakan untuk kursus Sijil Jururawat Masyarakat ialah Sijil PMR / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan manakala syarat bagi kursus Diploma Kejururawatan ialah;  
 
  1. Memperolehi 5 kredit dalam SPM terutama dalam mata pelajaran Sains, Matematik, BM dan BI;
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik; dan
  3. Mempunyai sikap yang positif.
 
     
10. Bagaimana  ingin mengetahui status keselamatan produk kosmetik?  
  Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia.  Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari  laman web www.bpfk.gov.my.  
     
11. Apakah garis panduan dalam melakukan pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan Planned Prevantive Maintenance (PPM) terhadap peralatan/peranti yang digunakan dalam hospital dan klinik-klinik swasta?  
  Pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan di hospital atau klinik, dokumen "MS2058; Code of Practice for Good Engineering Maintenance Management of Active Medical Devices" boleh digunakan sebagai rujukan. Standard ini boleh dibeli dari pihak SIRIM Bhd.  
     
12. Adakah produk makanan perlu didaftarkan di KKM?  
  Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.  
     
13. Bagaimana prosedur untuk mendapatkan kelulusan pemasaran ubat herba?  
 

Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3.


Produk herba boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Borang ini juga boleh didapati daripada laman web tersebut (bahagian borang) borang (BPFK-003). Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan pendaftaran produk ditolak.

Maklumat lanjut perkara ini boleh diperolehi dengan melayari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my.

   
14. Adakah semua skim perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dengan peperiksaan Perkhidmatan Awam ?   
  Semua skim perkhidmatan yang menetapkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan perlu menduduki peperiksaan tersebut sama ada dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KKM atau kementerian-kementerian berkaitan yang memberi kebenaran ke atas calon menumpang menduduki peperiksaan. Pada masa ini Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM melaksanakan peperiksaan subjek Jabatan bagi 15 skim perkhidmatan bukan gunasama di KKM, manakala bagi subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Semua penjawat boleh merujuk syarat skim perkhidmatan di surat tawaran lantikan, manakala takwim Peperiksaan Perkhidmatan Awam di KKM telah dimuat naik di portal Bahagian Pembangunan Kompetensi http:// kompetensi.moh.gov.my   
     
15. Berapakah kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon peperiksaan Perkhidmatan Awam KKM ?   
  Senarai peperiksaan jabatan dan kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon boleh dirujuk di portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM ; http:// kompetensi.moh.gov.my    
     
16. Apakah kaedah penilaian kompetensi penjawat awam yang sedang berkuat kuasa pada ketika ini?   
  Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) adalah kaedah penilaian baru yang dicadangkan untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau bagaimanapun, pelaksanaan PROSPEK ditangguhkan pada ketika ini berikutan pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana PROSPEK adalah perkara yang difokuskan.   
     
17. Perlukah penjawat mengemukakan mata kredit terkumpul Continuing Professional Development (CPD) bagi setiap tahun ke Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK) , KKM?   
  Pada masa ini pegawai-pegawai yang terlibat dengan CPD tidak perlu mengemukakan mata kredit CPD terkumpul ke BPK,KKM kerana PTK telah dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Walau bagaimanapun mengikut Surat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) rujukan KKM/87/P2-1/10 Jld.5(81) bertarikh 9 Januari 2012, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) /Bahagian/Institusi perlu menghantar laporan pencapaian tahunan mata kredit CPD setiap penjawat berkenaan kepada Jawatan kuasa CPD di peringkat JKN/Bahagian/Institusi untuk tujuan rekod dan pemantauan.   
     
18. Adakah keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih boleh digunakan untuk urusan perkhidmatan ?   
  Keputusan PTK masih boleh digunakan untuk urusan kenaikan pangkat (sekiranya diperlukan oleh Bahagian Sumber Manusia). Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak lagi boleh digunakan untuk anjakan gaji bagi tahun 2011 dan seterusnya kerana PTK telah dimansuhkan. 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :

 Nama
:  Pn. Natasha Mik'yal Binti  Abd Wahab
 Jawatan :
 Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
 Ext :
 3309
 Email :
 natashamiyyal@moh.gov.my
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768