RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Dasar Operasi Pentadbiran

Dasar Operasi Pentadbiran Pejabat Hospital Kulim

 

1.   Surat Menyurat

  • Semua surat menyurat kepada hospital perlu diterima dan diproses oleh unit ini.
  • Semua surat yang dialamatkan kepada kakitangan yang tidak lagi bertugas di Hospital Kulim kerana bersara, bertukar, berhenti dan sebagainya akan dikembalikan kepada pengirim.
  • Arahan Perkhidmatan Bab 3 akan digunapakai.

2.   Sistem Fail

  • Keputusan membuka fail ialah melalui Pengurus Unit.
  • Semua pergerakan fail akan direkod.
  • Arahan Perkhidamatan Bab 4 dan Arahan Keselamatan adalah digunapakai.

3.   Perkhidmatan

      1.  Rekod Perkhidmatan

  • Semua rekod perkhidmatan diletak di tempat yang selamat.
  • Kakitangan adalah dibenarkan untuk menyemak rekod perkhidmatan.
  • Latihan secukupnya akan diberi kepada Pembantu Tadbir  (Perkhidmatan)

      2.  Penyediaan dokumen-dokumen sokongan

  • Adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran untuk menyedia dan memproses dokumen-dokumen sokongan dan dihantar kepada pihak yang berkenaan dalam masa yang ditetapkan.
  • Contoh dokumen sokongan adalah bagi tujuan seperti yang berikut :-
  1. Perlantikan Naik Pangkat
  2. Pengesahan
  3. Penempatan
  4. Pengistiharan Harta
  5. Tatatertib
  6. Persaraan     

4.   Permohonan Cuti

  • Semua permohonan cutiakan diproses oleh unit masing-masing dan diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa.
  • Unit Pentadbiran bertanggungjawab untuk menyimpan rekod cuti semua kakitangan.
  • Kakitangan yang khas adalah ditugaskan untuk mengendalikan semua dokumen-dokumen cuti.
  • Arahan Perintah Am Bab C adalah digunapakai.

5.   Pengawalan Kewangan

  • Memastikan bahawa sebala perbelanjaan / tanggungan kewangan dibuat dengan peruntukan yang diluluskan.
  • Memastikan supaya semua pembayaran kepada barang-barang yang dibeli dan perkhidmatan yang diberi adalah berpandu dan mengikut prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan yang sedia ada.
  • Menentukan rekod-rekodkewangan diselenggara dengan betul.
  • Membuat kajian semula pada tiap-tiap bulan (lebih kerap jika perlu) kedudukan peruntukan/perbelanjaan/tanggungan-tanggungan institusi dan melaporkan kepada Pengarah Negeri.
  • Jika ada kemungkinan wang peruntukan tidak mencukupi, laporkan perkara ini kepada Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri dengan segera.
  • Menentukan bil-bil dikemukan dan pembayaran-pembayaran dibuat pada tempoh yang ditetapkan.
  • Menentukan supaya hasil kerajaan dikutip sepenuhnya (Perintah Bayaran (Perubatan) 1982 diguna pakai)
  • Laporan Kewangan disediakan selaras dengan Financial Procedure Act 1957 (Revised 1972).

6.   Hasil

  • Hasil akan dikutip mengikut Treasury Instruction Fess (Medical) Order 1982 dan Undang-Undang Peraturan Semasa.
  • Bil dan kutipan hasil akan dibuat di Unit Hasil pada waktu pejabat dan Unit Daftar Masuk serta Jabatan Kecemasan selepas waktu pejabat.
  • Surat kebenaran (kuasa) akan dikeluarkan kakitangan yang membuat pungutan.
  • Peraturan dan undang-undang kewangan semasa diguna pakai.

7.   Pengawalan Barang-Barang

  • Menentukan bilangan dan mutu barang-barang yang dibeli atau diterima digunakan dan dijaga dengan betul serta disimpan dengan baik.
  • Menentukan bekalan-bekalan bagi item-item perubatan dan bukan perubatan adalah mencukupi.
  • Menentukan sistem permintaan dan pembekalan berjalan dengan lancar.
  • Menentukan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi dibanci dan diupuskan degan betul dan tepat.

8.   Lain-Lain Fungsi Pentadbiran

  • Telefon
    • Penggunaan telefon adalah untuk tujuan rasmi sahaja.
    • Semua panggilan persendirian perlu dijelaskan segera.
  • Kuarters
    • Jawatankuasa perumahan bertanggungjawab membuat peruntukan kuarters selaras dengan Perintah Am Bab E.
    • Semua penghuni kuarters adalah terikat dengan peraturan semasa dan Perinrah Am Bab E.
  • Kemudahan Rekriasi
    • Pengguna kemudahan rekriasi diuruskan oleh pentadbiran melalui Kelab Sukan.
  • Kantin
    • Pihak pengurusan akan memastikan kantin mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
  • Balai Pelawat
    • Balai pelawat adalah untuk digunapakai sebagai tempat rehat bagi pelawat.
    • Semua pengguna perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  • Keselamatan
    • Kawalan keselamatan diadakan selama 24 jam seharioleh kontraktor yang dilantik.
  • Perpustakaan
    • Perpustakaan adalah dibawah jagaan pengurusan pentadbiran.
  • Bilik Mesyuarat
    • Bilik Mesyuarat akan diuruskan oleh unit Pentadbiran.
    • Tempahan bilik mesyuarat mestilah melalui unit Pentadbiran.
  • Ahli Lembaga Pelawat
    • Unit Pentadbiran adalah seketeriat kepada Lembaga Pelawat.
    • Perlantikan Ahli Lembaga Pelawat adalah mengikut peraturan kementerian.
    • Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat mestilah dijadualkan mengikut peraturan kementerian.

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768