RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Dasar Operasi Kecemasan

Dasar Operasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Kulim

 

  • Semua kes yang datang ke Jabatan Kecemsan dan Trauma ditriage dan didaftarkan kedalam Rekod Pendaftaran Pesakit Luar secara berkomputer.

  • Bayaran untuk raeatan di Jabatan Kecemasa dan Trauma adalah mengikut Akta Fee Perubatan 1982.

  • Satu kad rawatan akan dikeluarkan untuk setiap pesakit. Jika pesakit dimasukkan ke wad, kad pesakitnya akan dikepilkan bersama-sama borang kemasukkan ke wad. Kad-kad pesakit yang didiscaj akan dihantar ke Unit Rekod Perubatan keesokan harinya (hari bekerja) kecuali kad-kad rawatan Kes Asma.

  • Semua kes-kes yangdatang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma akan ditriage oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di kaunter Triage dan akan ditandakan mengikut kod-kod warna iaitu kod merah untuk kes kritikal yang akan dirawat serta merta, kod kuning untuk kes separa kritikal yang akan dirawat segera dan kod hijau akan dirawat mengikut giliran. Rawatan yang diberikan adalah mengikut keutamaan sistem Triage.

  • Kes-kes sakit bersalin akan dirujuk terus ke Bilik Bersalin manakala kes-kes mengandung dibawah 28 minggu yang bermasalah akan dikendalikan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma terlebih dahulu sebelum dirujuk. Jika kes bersalin dalam keadaan head on perineum, kes akan dikendalikan di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Pemotongan tali pusat akan dilakukan oleh pegawai yang bertauliah.

  • Semua pemeriksaan pesakit wanita oleh Pegawai Perubatan lelaki dan Penolong Pegawai Perubatan lelaki akan ditemani (chaperon) oleh seorang anggota kerja wanita.

  • Semua pesakit akan distabilkan terlebih dahulu di Jabatan Kecemasan dan Trauma sebelum dimasukkan ke wad atau dirujuk ke hospital lain. Semua kes-kes kritikal perlu diiringi oleh seorang Pegawai Perubatan yang bertugas dari disiplin yang berkaitan.

  • Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan dari disiplin lain akan dipanggil untuk memberikan bantuan dalam kes resusitasi pesakit dan pengurusan kes ke Jabatan Kecemasan jika diperlukan.

  • Kes-kes yang tiada kaitan dengan rawatan seperti pengesahan sijil cuti sakit, pemeriksaan perubatan untuk lesen memandu, bekerja atau melanjutkan pelajaran akan diarahkan ke Klinik Kesihatan Bandar Kulim (kecuali kakitangan Hospital Kulim).

  • Pesakit yang dibawah pemerhatian di Zon Merah akan dibuat keputusan sama ada di discaj atau dimasukkan ke wad dalam tempoh masa 2 jam manakala pesakit dibawah pemerhatian Zon Kuning akan dibuat keputusan sama ada didiscaj atau dimasukkan ke wad dalam tempoh masa 6 jam. Pesakit akan dilihat oleh Pegawai Perubatan yang bertugas secara berkala bergantung kepada kondisi pesakit.

  • Semua kes yang memerlukan prosedur pembedahan kecil, cuci luka dan balut luka akan dijalankan di Bilik Rawatan. Semua prosedur klinikal yang dijalankan akan direkodkan dalam Buku Rekod Prosedur.

  • Untuk kes berkhatan (Khidmat Masyarakat), ianya akan dikendalikan di Minor OT, Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertauliah.

  • Manipulasi, reduksi dan aplikasi Plaster Of Paris (POP) pesakit akan dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan Orthopedik selepas mendapat pengesahan bahagian yang patah pada filem X-Ray sebelum didiscaj atau dimasukkan ke wad.

  • Semua pemberian ubat yang dipreskripsi oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma akan diberi oleh Jabatan Farmasi pada waktu pejabat dan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma selepas waktu pejabat. Pada hari Jumaat dan hari cuti umum, semua pemberian ubat yang dipreskripsi oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma akan diberi oleh Jabatan Farmasi sehingga jam 1.00 petang. Selepas jam 1.00 petang, pemberian ubat akan dijalankan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

  • semua panggilan ambulan akan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan melalui Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (Call Center). Masa respon adalah dalam tempoh 5 minit.

  • Ke-kes yang memerlukan bedah siasat atas permintaan Polis akan diuruskan secepat mungkin kecuali kes-kes yang memerlukan khidmat Pakar Forensik seperti kes yang disyaki dibunuh atau mayat yang dijumpai telah reput.

  • Pesakit yang enggan dimasukkan ke wad akan diminta menandatangani borang discaj atas tanggungan risiko sendiri (AOR) dan perlu disahkan oleh seorang saksi.

  • Semua kes Pusat Khidmat Sepadu (OSCC) akan dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jururawat Terlatih yang bertugas.

  • Semua kes-kes psikiatri yang tiada unsur keganasan tetapi diminta oleh ahli keluarga untuk dirujuk ke hospital kerana tiasa kemudahan kenderaan akan dihantar dengan kenderaan hospital (dengan kebenaran Pengarah Hospital) dan selepas disahkan oleh Pegawai Perubatan Kecemasan. Suntikan Hloperial 10mg akan diberikan kepada pesakit jika perlu.

Kod Biru (Blue Code)

  • Jika berlaku sebarang  kecemasan di kawasan bukan klinikal,  Emergency Respond Team (ERT) dari Jabatan Kecemasan dan Trauma akan bertindak dengan segera.

  • Jika berlaku sebarang kecemasan di kawasan klinikal, Pegawai Perubatan dari unit klinikal yang berkaitan akan memberi tindakan terlebih dahulu. ERT (tanpa Pegawai Perubatan) dari Jabatan Kecemasan dan Trauma akan bertindak dengan segera.

Pengurusan Harta Pesakit

  • Dokumenkan semua harta/wang pesakit di dalam buku rekod harta pesakit. Harta/wang pesakit akan dimasukkan ke dalam beg berseal yang bernombor rujukan sampul. Borang Lampiran A sepertimana Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 2 Tahun 2000 akan dilengkapkan. Sampul disimpan dibilik Pengurus Unit dalam masa waktu pejabat. Selepas waktu pejabat, sampul akan diserahkan kepada Penolong Pegawai Perubatan U32 atas panggilan. Penyerahan terus kepada waris pesakit akan dilakukan jika ada. Jika pesakit masuk wad, semua harta/wang pesakit akan diserahkan kepada wad yang berkenaan.

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768