RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Dasar Operasi Farmasi

Dasar Operasi Farmasi, Hospital Kulim

 

1.   Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

  • Membekal ubat bagi semua preskipsi yang diterima dari pesakit luar klinik-klinik pakar, pesakit discaj serta Jabatan kecemasan mengikuit masa yag dijanjikan dalam Piagam Pelanggan.
  • Preskripsi yang diterima daripada pesakit di Kaunter Farmasi akan diberikan nombor, disemak oleh Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi Provisional.
  • Preskripsi seterusnya akan diisikan, dilabel dan direkodkan oleh seorang Pegawai Farmasi/Penolong Pegawai Farmasi sebelum diserahkan kepada seorang Pegawai Farmasi/Penolong Pegawai Farmasi lain untuk penyemakan semula sebelum didispens kepada pesakit.
  • Pendispensan ubat-ubatan adalah mengikut prosedur Semak Silang.
  • Pesakit akan dipanggil melalui sistem panggilan QSM. Penerangan ringkas tentang tatacara pengambilan/ penggunaan ubat diberikan sewaktu pendispensan.
  • Pesakit yang mempunyai preskripsi khas, rumit atau preskripsi untuk rawatan jangka panjang akan diberikan kaunseling oleh Pegawai Farmasi bila perlu.
  • Bagi kemudahan pesakit mendapatkan bekalan ubat dengan lebih mudah dan cepat, pembekalan ubat secara Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan sistem Kad Ekspres dan Sistem Telefon Dan Ambil dipraktikkan diunit ini.

2.   Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

  • Membekalkan semua keperluan ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit di wad dan unit/klinik di hospital.
  • Membekalkan ubat-ubatan melalui sistem Imprest, Floor Stock dan sistem Unit Of Use kepada pesakit di wad.
  • Membekalkan bendalir intravena kepada wad-wad / unit yang membuat pemesanan.
  • Bekalan ubat terus ke wad melalui Discharge Dispencing (Wad Obstetrik Dan Ginekologi). 
  • Penggantian ubat troli kecemasan adalah secara Topping -Up.
  • Bekalan ubat Psikotropik ditetapkan sekali dalam seminggu dan akan diambil oleh Pengurus Unit atau Jururawat Terlatih atau Penolong Pegawai Perubatan.
  • Pemeriksaan stok ubat di wad/unit akan dijalankan setiap tiga bulan untuk memastikan ubat-ubat didalam simpanan direkod (ubat terkawal dan Psikotropik) dan disimpan dalam keadaan yang betul dan tidak tamat tarikh luput.

3.   Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat

  • Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat (Therapeutic Drug Monitoring) disediakan untuk sembilan jenis ubat dan dijalankan di Farmasi Satelit.
  • Setiap wad, klinik dan unit boleh mendapatkan perkhidmatan untuk ujian Pemantauan Terapeutik Ubat (TDM) menggunakan borang yang ditetapkan pada waktu pejabat kecuali untuk kes ketoksikan Paracetamol dan Salicylate (Perkhidmatan 24 jam).
  • Keputusan akan dikeluarkan pada hari yang sama kecuali bagi ubat yang tidak dianalisa di Hospital Kulim seperti Theophylline, Digoxin atau semasa mesin TDx tidak berfungsi.
  • Analisa dan interpretasi keputusan akan dibuat oleh Pegawai Farmasi atau Pegawai Farmasi Provisional.

4.   Perkhidmatan Penyediaan Ubat Sitotoksik (CDR)

  • Menyediakan ubat sitotoksik kepada pesakit kemoterapi.
  • Permohonan untuk penyediaan sitotoksik perlu dibuat menggunakan borang CDR dan dihantar sebelum jam 11.30 pagi setiap hari bekerja.
  • Penyediaan ubat sitotoksik akan dijalankan oleh Pegawai Farmasi yang terlatih.
  • Semua prosedur pengendalian ibat sitotoksik perlu dipatuhi.

5.   Perkhidmatan Pra-bungkus / Pengeluaran Ubat-ubat

  • Menyediakan ubat minum dan losyen (persediaan-persediaan khas yang sukar diperolehi atau terlalu mahal di pasaran).
  • Menyediakan ubat ekstemporaneous.
  • Menjalankan pembungkusan ubat-ubat biji, persediaan internal dan eksternal yang diperolehi secar pukal.
  • Melabelkan ubat-ubat yang siiap dibungkus (nama generik, kekuatan ubat, kuantiti ubat, nombor kelompok dan tarikh luput).

6.   Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan (DIS)

  • Disediakan untuk memeberi maklumat kepada pelanggan.
  • Dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi Provinsional.

7.   Perkhidmatan Farmasi Wad

  • Perkhidmatan Farmasi Wad hanya dijalankan di Wad Perubatan (Wad 7 dan 8) dan Wad Pediatrik (Wad 2).
  • Perkhidmatan ini merangkumi rondaan wad bersama Pakar Perubatan (setiap hari), Bedside Dispencing kepada pesakit discaj yang terpilih serta Bedside Counseling bagi rawatan pengubatan kronik dan penggunaan alat-alat khas dan aktiviti-aktiviti lain.

8.   Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan

  • Diberikan kepada pesakit dalam dan luar dari klinik pakar atau Jabatan Kecemasan.
  • Pesakit diberi kaunseling secara individu, berkumpulan dan secara lawatan ke rumah pesakit (Home Medication Review-HMR)

9.   Medication Therapy Adherence Clinic - Diabetes (MTAC)

  • Dijalankan oleh Pegawai Farmasi terlatih di Klinik Pakar 3.
  • Pesakit yang dipilih akan dinilai dari segi komplians kepada ubat kesan sampingan yang dialami dan sebagainya sebelum pesakit berjumpa doktor.

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 3 Ogos 2017 | 2 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768