RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Dasar Operasi BDM

Dasar Operasi Bilik Daftar Masuk, Hospital Kulim

 

  • Hanya Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Kulim dan Klinik Kesihatan Bandar Kulim boleh memasukkan pesakit terus ke hospital. Semua rujukan untuk kemasukan ke wad selain daripada ini akan ditapis terlebih dahulu oleh Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan atau klinik pakar yang berkaitan.

  • semua pesakit yang akan dimasukkan ke wad perlulah dicatit dengan jelas oleh Pegawai Perubatan maklumat wad dimana pesakit akan ditempatkan.

  • Bilik Daftar Masuk akan mengisi butir-butir pesakit ke dalam komputer (eHIS) dan mencetak sesalinan borang kemasukan atas nama pesakit tersebut. Wang cagaran atau surat jaminan majikan yang sah akan diminta daripada pesakit.

  • Keutamaan kemasukan ke wad akan diberi kepada kes-kes kecemasan berbanding dengan kes-kes biasa. Kecemasan boleh dihantar terlebih dahulu ke wad dan urusan pendaftaran masuk wad dibuat kemudian.

  • Semua kes-kes bersalin akan dihantar terus ke bilik bersalin oleh atendan dengan menggunakan kerusi rosa dan urusan kemasukan wad akan dibuat kemudian.

  • Semua kanak-kanak dibawah umur 12 tahun akan dimasukkan ke wad kanak-kanak.

  • Pesakit dibenarkan untuk membuat pilihan kelas wad yang diingini semasa permulaan pendaftaran. Walaubagaimanapun, ianya adalah bergantung kepada kekosongan katil dalam kelas yang dipilih dan status perubatan pesakit berkenaan. Kakitangan kerajaan akan dimasukkan ke wad mengikut kelayakan mereka.

  • Bilik Daftar Masuk juga dipertanggungjawabkan untuk memantau pesakit-pesakit yang berukar wad dan dirujukkan keluar ke hospital lain. Wad yang menukarkan pesakit ke wad lain dikehendaki memaklumkan kepada Bilik Daftar Masuk mengenai pertukaran tersebut. 

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768