RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Daftar Masuk

Unit Daftar Masuk

 

LATAR BELAKANG 

Bilik Daftar Masuk terletak di tingkat bawah bersebelahan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Unit ini terdiri daripada lima orang Pembantu Tadbir Kewangan W17 yang ditugaskan untuk penggunaan sistem e-HIS (Sistem Pendaftaran Pesakit) dan seorang Pembantu Tadbir (P/O) N17 yang bertindak sebagai Penyelia Kenderaan.

 

OBJEKTIF

Memastikan kemasukan pesakit diselesaikan dalam masa kurang dari 8 minit selepas menerima arahan kemasukan wad oleh Pegawai Perubatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Membuat kutipan hasil caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit luar ( kecemasan) dan pesakit dalam menurut Perintah Fee (Perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003. (Caj baru bagi pesakit warga asing), Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling semasa selepas waktu pejabat dan semasa cuti umum atau cuti minggu. Selain itu, membuat kutipan hasil bagi bayaran warga asing yang ingin menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma pada setiap hari mulai pukul 7.00 pagi hingga pukul 9.00 malam. Semua hasil kutipan akan dihantar ke Unit Hasil pada setiap hari bekerja. Berikut disenaraikan waktu kutipan di unit ini.
    • Selepas waktu pejabat. Hari Ahad hingga hari Rabu (4.30 pm - 9.00 pm)
    • Selepas waktu pejabat. Hari Khamis (3.00 pm – 9.00 pm)
    • Cuti Mingguan dan Cuti Umum (7.00 am – 9.00 pm)
  • Mengeluarkan resit rasmi (Kew.38 – Pin 2/86) dan penyata caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit.
  • Menerima bayaran deposit wad daripada pesakit dalam terutama warga asing.
  • Menyediakan perkhidmatan E-GL (Electronic Guarantee Letter) kepada pesakit dan ahli keluarga yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
  • Menyediakan kemudahan pembayaran caj rawatan pesakit melalui proses e-Payment.
  • Mengurus semua pendaftaran kemasukan wad untuk pesakit dalam setelah diperakukan oleh Pegawai Perubatan dengan menggunakan sistem e-HIS (7.00 am-10.00 pm) sahaja.
  • Menyediakan perkhidmatan SPIKPA (Sistem Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing) untuk pekerja warga asing yang berdaftar terutama bagi kemasukan ke wad.
  • Menyediakan perkhidmatan mesin faksimili (terima sahaja) bagi kemudahan majikan/waris bagi menghantar Surat Pengesahan Diri (GL) atau surat pengesahan majikan untuk urusan kelayakan wad.
  • Mendaftar pesakit menggunakan Sistem SMRP (Sistem Maklumat Rekod Pesakit) dan Sistem eBilling.
  • Menyedia dan menghantar reten bulanan semua kutipan bil hospital, bayaran pesakit luar, bayaran pesakit warga asing dan deposit kemasukan wad ke Unit Hasil setiap hari bekerja
  • Merekod bayaran kupon RM 1 (perub. 316) yang digunakan di kaunter pendaftaran Unit Kecemasan dan Trauma setiap hari.
  • Menerima borang tempahan kenderaan jabatan dan dicatat dalam buku rekod perjalanan.
  • Mengurus dan mengatur perjalanan kenderaan jabatan ke sesuatu destinasi.
  • Bertanggungjawab dalam memantau kehadiran dan giliran pemandu untuk memandu kenderaan jabatan dan ambulans.
  • Memantau penggunaan kad minyak dan kad Touch N Go yang digunakan oleh setiap pemandu bagi sesuatu perjalanan.
  • Memantau kerosakan kenderaan jabatan dan jadual servis berkala bagi setiap kenderaan.

 

PERJAWATAN

JAWATAN
GRED
BIL. JAWATAN
PENGISIAN
KEKOSONGAN
Pembantu Tadbir
 W17  6  5  1
Pembantu Tadbir
 N17  1  1  0
 JUMLAH  7 6
1

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Nama
:
 Pn. Norhashimah Binti Che Ali
Jawatan
:
 Pembantu Tadbir W17
No Telefon
:
 3218
Email
:
 nhashimahcheali@moh.gov.my

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768