RSSFeed Besar Asal Merah Kuning Hijau Biru Terang Sederhana ="Gelap" OKU Help
TAHNIAH >> Hospital Kulim telah mendapat Persijilan Akreditasi daripada MSQH untuk tempoh 4 tahun (2015 hingga 2019), Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi untuk tempoh 3 tahun (4 Disember 2014 - 3 Disember 2017), Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practises) untuk tempoh 4 tahun (27 Oktober 2016 - 26 Oktober 2019), Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 3 tahun (1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2017) dan Pensijilan BESS (Bersih, Selamat, Sihat) daripada JKN Kedah untuk tempoh 4 tahun (25 September 2016 - 24 September 2019) serta penganugerahan Sijil MESTI dari 24 Februari 2017 hingga 26 Oktober 2019
Home / Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi Dan Dewan Bedah

 

LATAR BELAKANG 

Jabatan ini terletak di tingkat atas bersebelahan dengan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berhadapan dengan Unit Bersalin (OT1 & OT2) manakala OT3 terletak di tingkat bawah dalam kawasan unit kecemasan bersebalahan dengan wad pemerhatian . Jabatan ini diketuai oleh dua Pakar Bius dan dibantu oleh 15 orang Pegawai Perubatan dan 37 Jururawat Terlatih serta 10 orang PPK. Pengurusan kerja-kerja harian dikendalikan di bawah tanggungjawab 3 orang Ketua Jururawat U32.
 
Dewan Bedah mempunyai 2 Bilik Pembedahan (OT1 & OT2), Ruang Pemulihan dan Pemerhatian ( 5 katil ), Ruang Menunggu serta Kaunter Penerimaan dan Pendaftaran. Bermula pada 13 Disember 2003, waktu bekerja adalah mengikut syif. Dewan Bedah menjalankan operasi dalam 3 syif iaitu :-
 
  • Syif Pagi : 7.00 pagi hingga 2.00 petang
  • Syif Petang : 2.00 petang hingga 9.00 malam
  • Syif Malam : 9.00 malam hingga 7.00 pagi.
OT3 mula beroperasi pada bulan januari 2009. Pada mulanya waktu bekerja adalah dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm. Bermula pada 01hb Febuari 2014 OT3 beroperasi 2 syif :-
  • Syif Pagi : 7.00 pagi hingga 2.00 petang
  • Syif Petang : 2.00 petang hingga 9.00 malam

 

OBJEKTIF

  • Memberi bius yang sesuai dan berkesan
  • Memberi Rawatan Pembedahan yang paling optima dan berkualiti
  • Memberi keselesaan selepas pembedahan

 

SKOP PERKHIDMATAN

Aktiviti Pembiusan

  1. Perkhidmatan Bius yang sesuai dan berkesan
  2. Perkhidmatan Rawatan pembedahan
  3. Perkhidmatan pesakit selepas pembedahan
  4. Perkhidmatan „Acute Pain Service‟
  5. Perkhidmatan Diagnostic Endoscopik.
  6. Perkhidmatan „Day Care Anaesthestic‟.
  7. Perkhidmatan Klinik Bius.

Aktiviti pembedahan mengikut disiplin

  1. Pembedahan Orthopaedic.
  2. Pembedahan Am
  3. Pembedahan Obstetric dan Gynaecologi
  4. Pembedahan pergigian & Bedah Mulut
  5. Pembedahan mata

 


Hakcipta Terpelihara@2012 - Unit Teknologi Maklumat, Hospital Kulim
Tarikh Kemaskini : 7 Disember 2017 | 20 Zulkaedah 1438H

Hospital Kulim, Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim, Kedah Darul Aman | Tel: 04-427 2733 Fax: 04-490 0760

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hubungi Kami

Paparan Terbaik :
IEMF GC"
Dengan Resolusi 1024 x 768